Bojan Hodak Ajar Netzel

Jika dilihat pada pasukan yang diuruskan dengan baik, Selangor antara pasukan yang wajar di puji.

Era RMS di Selangor, beliau memberikan segalanya yang termampu untuk mewujudkan pasukan yang kompetitif.

Namun Selangor sekali lagi menamatkan musim tanpa sebarang kejuaraan.

Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk diterima oleh penyokong Selangor. Yang merupakan salah satu kelompok penyokong terbesar di negara kita.

Aksi suku akhir Piala Malaysia kali ini pastinya perit untuk Selangor tersingkir awal. Ini kerana mereka kali ini berdepan dengan musuh setempat, Kuala Lumpur.

Namun dalam dua aksi suku akhir, Bojan Hodak berjaya mengajar Karsten Netzel.

Selangor bergelut dengan isu taktikal dalam perlawanan ini. KL dengan senang hati hanya melihat mereka menyerang kemudian berpatah balik.

Selangor memiliki build up yang bagus dalam beberapa situasi. Namun ketika di final third mereka buntu dan banyak sekali aksi fall back / back pass yang mereka lakukan.

Selangor bermula baik dalam perlawanan ini. Mereka mencetuskan peluang gol terlebih dahulu. Namun percubaan Htet Aung terkena tiang.

Namun selepas itu Selangor bergelut dengan kreativit di hadapan gol. Kuala Lumpur malah mendapat gol menerusi Morales selepas satu lagi kelemahan bertahan Selangor.

Kuala Lumpur tidak terlalu agresif menyerang. Kerana mereka ada 2 gol untuk mereka pertahankan daripada perlawanan pertama.

Tekanan pastinya tinggi dihadapi oleh Selangor. Kerana mereka mahu membuktikan bahawa mereka pasukan yang kompetitif.

Netzel pastinya sedar kritikan yang akan beliau hadapi. Adakah beliau akan terus diberikan kepercayaan?

Bojan Hodak membuktikan bahawa beliau adalah jurulatih terbaik di Lembah Klang ketika ini selepas 2 aksi berdepan Selangor beliau menyekolahkan Netzel.

Taktikal yang menjadi, penyerang yang lebih tajam dan juga aksi berpasukan yang kental.

Baca yang lain