Bologna tumbang di kandang sendiri 0-3 dalam perlawanan yang menyaksikan 2 kad merah dilayangkan kepada pemainnya.
Adama Soumaoro, Antonio Sanabria dan Domenico Criscito menjaringkan gol bagi pasukan pelawat dan ianya kemenangan pertama Genoa di gelanggan lawan sejak setahun lepas.
Skuad Sinisa Mihajlovic -Bologna- gagal mencatat kemenangan ke-4 berturut-turut selepas menewaskan Roma (3-2), Brescia (2-1) dan SPAL (3-1).
Bologna tampil pada perlawanan ini dengan setengah dozen pemainnya berada dalam senarai kecederaan.
Walaupun Andrea Poli kembali dari penggantungan tetapi Roberto Soriano, Federico Santander, Nicola Sansone, Gary Medel, Mitchell Dijks dan Ladislav Krejci berada dalam senarai kecederaan.
Sementara itu Genoa melakukan perjalanan ke Dall’Ara tanpa Lukas Lerager, Paolo Ghiglione atau Iago Falque, dengan Cristian Romero dan Lasse Schone yang belum 100% cergas.
Malahan berita buruk buat Genoa sebelum sepak mula apabila Goran Pandev mengalami kecederaan lutut dan pasukan ini perlu menggunakan pemain simpanan Andrea Pinamonti.
Genoa mendominasi perlawanan dan membuka jaringan melalui Soumaoro pada minit ke-28. Bologna gagal menampilkan corak permainan yang jelas sepanjang perlawanan.
Situasi Bologna menjadi semakin teruk apabila Jerdy Schouten dilayankan kad merah. Pada mulanya pengadil hanya melayangkan kad kuning namum mengubah fikiran selepas melihat ulang tayang video (VAR).
Sanabria menjaringkan gol ke-2 pada minit ke-44 hasil gerakan individu menarik yang menewaskan hampir separuh pemain Bologna.
Musa Barrow melakukan beberapa percubaan namum kesemuanya gagal menemui gawang pasukan Genoa.
Melengkapkan malam malang buat Bologna apabila Stefano Denswil pula dilayangkan kad merah dan menganugerahkan 1 sepakan penalti kepada lawan.
Criscito mudah menyempurnakan sepakan tersebut dan melengkapkan kemenangan Genoa 3-0 mengatasi Bologna.
Kad merah Schouten adalah wajar – Emilio De Leo
Penolong pengurus Bologna, Emilio De Leo mengakui kad merah yang diterima oleh pemainnya Jerdy Schouten adalah wajar.
Insiden kekasaran itu berlaku pada babak pertama. Bentesan Schouten keatas pemain tengah Genoa, Valon Behrami mengenai betisnya yang boleh menyebabkan kakinya patah.
De Leo mengatakan bentesan dari Schouten agak lewat tetapi beliau bukanlah seorang pemain yang ganas.
“Schouten terlambat dalam menangani (situasi) itu, tetapi dia bukan pemain yang ganas.
“Pada mulanya, saya fikir kad kuning adalah keputusan yang tepat, tetapi melihat semula pada ulang tayang, kaki terlalu sengit (bahaya) ketika dia masuk (bentes). Ia adil (untuk kad merah). ”
De Leo juga menegaskan Bologna kehilangan tujuan dalam perlawanan. Pasukannya dihukum dengan gol ke-2 Genoa hasil gerakan individu Antonio Sanabria menewaskan lebih 6 pemainnya termasuk penjaga gol.
“Kami perlu kembali ke landasan dengan perasaan rendah diri. Menganalisis apa yang salah dan belajar dari pengalaman itu.”
Hanya Genoa dihati saya – Criscito
Domenica Criscito terus menampilkan persembahan terbaik ketika pasukannya menang keatas Bologna 3-0. Pemain pertahanan ini menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan selepas jaringan Adama Saoumaoro dan Antonio Sanabria.
“Sudah lebih dari setahun (kali terakhir) kami menang di luar gelanggang kami. (3) mata ini memberi perbezaan besar. Kami gembira dan mahu meneruskan jalan (kemenangan) ini.
Criscito yang menjadi sasaran Fiorentina pada jendela perpindahan Januari lepas, tetapi beliau menolaknya.
“Genoa berada dalam hati saya. Saya tidak pernah terfikir untuk keluar dan sangat gembira untuk kekal (disini).
“(Kini) kami hanya 1 mata dari zon selamat, perjalanan liga masih panjang dan kami perlu fokus.
“Kami berada di tangga ke-3 dari bawah, jadi kami perlu bergantung kepada keputusan pasukan lain. Apa yang kami boleh lakukan cuba mengutip sebanyak mata yang boleh.
“Terdapat banyak perubahan pada Januari dengan pemain berpengalaman memberikan kami bantuan. Kami tidak boleh berputus asa.”