Bonucci Mulakan Proses Saman Juventus Kerana Tak Benarkan Dia Guna Fasiliti Berkelas Dunia

Laporan dari Itali mendakwa Leonardo Bonucci sedang memulakan proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Juventus selepas dibekukan daripada pasukan pada musim panas.

Bonucci ketika itu dipaksa untuk mencari kelab baharu oleh kelab itu. Dan dia tidak dibenarkan berlatih bersama dengan skuad utama.

Pemain antarabangsa Itali itu terpaksa berlatih secara berasingan semasa pramusim kerana dia tidak lagi menjadi sebahagian daripada rancangan Massimiliano Allegri.

Bonucci merupakan legenda Juventus pada era yang digelar Tembok Turin ataupun Wall Of Turin yang menyaksikan dia bergandingan dengan Chiellini dan Barzagli. Serta tak lupa Gigi Buffon di gawang.

Dia menyertai kelab Bundesliga Union Berlin secara percuma pada hari tarikh akhir tetapi Bonucci percaya Juventus merosakkan karier dan metalnya dengan menghalangnya daripada pasukan utama selama beberapa minggu.

Seperti yang dilaporkan oleh Romeo Agresti dan Gianluca Di Marzio, Bonucci akan menyaman bekas kelabnya yang didakwa tidak meletakkannya dalam keadaan yang betul untuk berlatih, melanggar perjanjian kolektif dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Itali.

Bonucci tidak diberikan akses kepada fasiliti terbaik kelab serta dimalukan oleh kelab itu di khalayak ramai. Imejnya calar kerana dibuang seperti tidak berguna.

Di Marzio melaporkan Bonucci bekerja di padang latihan Juventus pada waktu petang dan pada masa yang berbeza daripada pasukan yang lain.

Dia tidak pernah berjumpa dengan kakitangan teknikal dan tidak boleh menggunakan semua kemudahan latihan yang gred A ataupun berkelas dunia.

Peguam Bonucci, Antonio Conte (bukan coach tu ye) dan Gabriele Zuccheretti akan memfailkan saman tindakan undang-undang hari ini.

Peguambela dari Itali itu telah menjelaskan bahawa jika dia memenangi kes mahkamah, dia akan menderma wang itu kepada Neuroland, sebuah NGO yang menyokong keluarga kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Jabatan Pediatrik Neurosurgeri di Hospital Regina Margherita di Turin dan Live Onlus.

Wang itu boleh digunakan untuk membeli defibrilator, serta digunakan untuk kelab sukan, sekolah dan majlis perbandaran yang memerlukan.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah