Borussia Dortmund Mahukan Greenwood Namun United Letak Harga Tinggi

Mason Greenwood menjadi sasaran beberapa kelab eropah besar yang lain pada jendela perpindahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini dipinjamkan ke Getafe. Ianya sebahagian daripada kesepakatan yang dia capai dengan Man United untuk berjauhan sementara dengan kelab itu.

Ini kerana ketika itu Greenwood didakawa atas pertuduhan memukul dan mer***l teman wanitanya serta kelakuan mengawal. Tetapi kes itu sudah digugurkan oleh Crown Prosecution Service.

Ketika di Getafe Greenwood menjaringkan 10 gol dan 6 assist dalam 26 perlawanan. Dia berjaya merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan Getafe kerana prestasinya itu.

Namun begitu, Getafe tidak ada wang yang banyak untuk membeli pemain tersebut. United pula masih tidak menunjukkan minat mereka mahu menjadikan Greenwood sebagai pemain utama kelab itu, terutama sekali jika kelab itu masih kekalkan Ten Hag.

Antara kelab besar yang serius mahukan Greenwood adalah Borussia Dortmund. Kelab itu dijangka akan membuka langkah dalam rundingan mendapatkan pemain itu selepas final UCL.

Buat masa ini, Pengarah Sukan kelab Jerman itu, Sebastian Kehl enggan memberikan sebarang komen berkaitan perkara lain selain final UCL. Lebih lebih lagi isu perpindahan pemain. Kerana ia boleh mengganggu fokus pemain pemain Dortmund.

Berapa harga Greenwood?

Man United sebelum ini meletakkan nilai pemain itu sekitar £35-£40 juta. Namun kini nilai yang dijangka akan mereka terima adalah £50 juta untuk pemain tersebut yang cemerlang di Getafe.

Isu harga mungkin akan menjadi halangan utama untuk Dortmund mendapatkan pemain tersebut.

Seterusnya, Man United sudah memberitahu bahawa, mereka tidak akan melayan satu lagi perjanjian pinjaman untuk Greenwood. Mereka hanya akan mempertimbangkan perjanjian pembelian tetap sahaja.

Borussia Dortmund dikenali sebagai kelab yang agak kedekut membeli pemain pada harga mahal dan sangat pakar menjual semula bintang mereka pada harga tak masuk akal.

Mason Greenwood dianggap sesuai dengan taktikal Borussia Dortmund. Ini ditambah dengan usianya yang masih sangat muda yang sangat sesuai dengan polisi kelab tersebut.

Selain itu, di masa lalu, mereka berjaya menggilap bakat Inggeris seperti Jadon Sancho. Dan kini mereka sedia untuk menggilap lagi bakat yang ada pada Mason Greenwood.

Dortmund akan menentang Real Madrid dalam final UCL musim ini. Ianya adalah final UCL ketiga dalam sejarah kelab itu. Adakah kali ini mereka akan membawa pulang trofi berprestij itu?

Sementara itu, Real Madrid adalah pakar UCL. Mereka sudah ada 14 kejuaraan UCL dalam sejarah kelab mereka.