Borussia Dortmund Update Harga Terkini Jude Bellingham €150 Juta Je

Beberapa tahun lalu, pada 2020, Borussia Dortmund membayar €25 juta kepada Birmingham untuk mendapatkan pemain remaja yang tidak dikenali pada masa itu bernama Jude Bellingham.

Ianya dianggap harga tak masuk akal dibayar oleh Dortmund. Kemudian kelab lamanya, telah merehatkan nombor 22 kerana Jude Bellingham. Perkara yang sangat mengejutkan ramai kerana Jude masih lagi belum berstatus legenda di kelab itu.

Ramai yang menggelakkan langkah kelab itu. Kelab tersebut menjelaskan bahawa mereka mengesan potensi pemain itu yang dijangka akan menjadi salah seorang pemain terbaik dunia di masa akan datang.

Birmingham pernah memberikan debut kepada Jude Bellingham ketika dia berusia 16 tahun.

Dortmund dikenali dengan kepakaran mengenalpasti bakat muda, dibeli harga murah kemudian dijual harga sangat tinggi.

Dan perkara itu mereka turut lakukan kepada Jude Bellingham. Pemain itu ternyata menepati hasil scouting kelab itu yang terpercaya.

Tahun lalu kelab itu meletakkan harga €100 juta untuk pemain itu yang berjaya meningkat menjadi pemain tengah utama di kelab itu.

Ketika itu Jude Bellingham sudah menjadi sasaran banyak kelab besar di dunia termasuk kelab kelab dari EPL. Chelsea, Man United, Man City, Liverpool, dan banyak lagi nama lain dikaitkan dengan pemain itu hampir setiap hari.

Namun Bellingham memutuskan untuk terus kekal kerana mahukan jaminan minit permainan untuk dia beraksi sebagai pemain utama England pada Piala Dunia 2022.

Aksinya di Piala Dunia 2022 sangat cemerlang. Dan kemudian prestasinya terus konsisten bersama kelab. Kini membantu kelab bersaing kejuaraan Bundesliga.

Aksinya semakin matang membuatkan BvB sudah meletakkan tanda harga baharu kepada pemain itu. Di mana mereka meminta €150 juta daripada mana mana kelab yang mahukan Jude Bellingham.

Pemain itu masih ada kontrak sehingga 2025. Jadi BvB sangat terbuka mendengar tawaran untuk pemain tersebut daripada mana mana kelab.

Liverpool antara kelab dikaitkan dengan Bellingham, memandangkan barisan tengah pasukan itu dipenuhi pemain yang semakin berusia dan bermasalah kecergasan.

Namun ianya bukan perkara yang mudah untuk mendapatkan Bellingham. Kerana dia adalah barang panas pada jendela perpindahan.

Baca yang lain