Bos Bayern Jumpa Levy Secara Bersemuka Untuk Beli Harry Kane

Bayern Munich dilaporkan telah menghantar beberapa pegawai penting kelab itu untuk berjumpa sendiri dengan Daniel Levy berkaitan dengan niat mereka mahu membeli Harry Kane.

Harry Kane sendiri sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Di mana perbincangan antara kedua dua pihak adalah berkaitan dengan Harry Kane.

Spurs tolak tawaran Bayern

Daniel Levy sebelum ini sudah 2 kali menolak bidaan Bayern Munich yang masing masing bernilai €70 juta dan €80 juta.

Di mana Spurs hanya akan sedia berunding dengan bidaan bermula €120 juta untuk pemain itu yang dianggap bukan untuk dijual.

Rundingan dengan Levy secara peribadi ini dilaporkan sebagai tanda hormat Bayern Munich kepada presiden kelab Spurs itu.

Kerana dia berkali kali menyatakan bahawa dia tidak mahu melepaskan Harry Kane.

Spurs malah sedang menawarkan kontrak baharu kepada Kane yang bernilai £400 ribu seminggu. Di samping itu, kontrak itu turut mengandungi tawaran khas selepas persaraan buat Kane.

Di mana Spurs sedia menjadi tempat untuk Kane memulakan karier kejurulatihannya apabila dia bersara kelak. Selain itu, jika Kane tidak berminat dengan jawatan jurulatih, dia boleh menjadi duta rasmi kelab itu.

Bayern masih berusaha

Bayern yang benar benar berminat dengan Harry Kane sedia untuk melancarkan bidaan ketiga mereka. Bayern benar benar tidak berputus asa dalam usaha mereka mendapatkan kapten kebangsaan Tiga Singa itu.

Dan pertemuan dengan Levy dilaporkan positif dan dalam keadaan yang baik. Buat masa ini, tiada perubahan signifikan dalam keputusan Levy.

Namun rundingan ini dikatakan di landasan yang tepat antara kedua dua pihak.

Harry Kane sudah memberitahu Spurs bahawa dia berminat untuk menyertai Bayern Munich. Hanya Bayern sahaja pilihannya pada masa ini.

Jika Spurs tidak menjual Kane pada jendela perpindahan kali ini, pemain itu berpotensi menjadi ejen bebas pada tahun hadapan.

Spurs pastinya tidak rela kehilangan pemain itu secara percuma. Bayern dilaporkan tidak kisah untuk menunggu Kane bergelar pemain ejen bebas.

Kane merasakan Bayern destinasi terbaiknya untuk mulai menuai piala dalam kariernya.