Pada ketika ini banyak negara yang dalam PKP dan juga lockdown. Jadi ramai yang bekerja dari rumah.
Dengan teknologi yang serba canggih pada hari ini, ramai yang bermesyuarat menerusi persidangan video.
Satu inisiatif untuk memastikan social distancing terjaga pada ketika ini.
Itulah kelebihan teknologi, di mana interaksi dengan orang lain pada masa ini terus menjadi lancar. Nak meeting pun boleh dah sekarang.
Bos jadi kentang
Namun satu peristiwa telah tular di Twitter semalam. Apabila dalam satu persidangan video atas talian, seorang bos tertekan filter menjadi ubi kentang.
Korang bayangkan korang tengah meeting tetiba bos korang menjadi ubi kentang? Dan dia tak tahu nak menukar filter tersebut, lalu membiarkannya.
Apa yang pasti, seorang pekerja wanitanya menyatakan mereka cuma mampu tahan gelak ketika itu. Kalau gelak takut kena pecat pula.
Perkara itu kemudian dikongsikan oleh Rachel di Twitternya. Rachel berkata:
“Bis saya menukar dirinya menjadi kentang ketika Microsoft teams meeting kami dan dia tak tahu cara bagaimana nak menutup tetapan itu.”
“Jadi dia biarkan sahaja dirinya terperangkap begitu sepanjang meeting.”
my boss turned herself into a potato on our Microsoft teams meeting and can’t figure out how to turn the setting off, so she was just stuck like this the entire meeting pic.twitter.com/uHLgJUOsXk
— Rachele with 1 L & 2 E’s but pronounced Rachel (@PettyClegg) March 30, 2020
Twitter itu telah diciap semula lebih 220 ribu kali. Dan ramai yang merasakannya sangat kelakar.
Malah turut mendapat perhatian pihak Microsoft sendiri yang menganggap ia terlalu lucu.
TOO FUNNY! 😂🥔
— Microsoft (@Microsoft) March 30, 2020
Rachel mengesahkan dia bernasib baik kerana masih lagi bekerja dan tak dipecat oleh bosnya, gara gara benda tu tular di Twitter.
“Berita baiknya adalah, bos saya Lizet Ocampo, tidak akan memecat saya esok.”
“Kitorang masih hadap benda ni malam ni dan pasukan kitorang di sini masih bergelak ketawa dengan kamu semua. Kekal terpacak di rumah dan selamat datang bos kentangku, Lizet Ocampo ke twitter versi Billie Eilish.”
Lizet juga merasakan benda tu memang lucu. Dan beliau gembira dapat membuatkan ramai tergelak ketika dunia sedang dilanda covid-19 ketika ini.
“Sayalah bos kentang. Kamu harus bagi saya mahkota bukan Billie Eilish?”
“Saya gembira benda ni membuatkan orang tergelak ketika ini. Sila terus berada di rumah dan kekal selama.”
The good news is that my boss, Lizet Ocampo, will not be sacking me tomorrow. We hashed it all out tonight and our team is still laughing with you all. STAY PLANTED AT HOME & welcome my potato boss @mlizetocampo to the twitterverse @billieeilish https://t.co/YD3r6ShuMg https://t.co/LoKHCU6h1E
— Rachele with 1 L & 2 E’s but pronounced Rachel (@PettyClegg) March 31, 2020
Memang banyak kejadian pelik pelik masa persidangan video atas talian ni. Hati hati la ye.