Bos LCR Honda Nasihatkan Rossi, Jangan Malukan Diri Sertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team

Bekas pelumba dan pemilik pasukan LCR, Lucio Cecchinello, menganggap langkah Valentino Rossi untuk ke Petronas adalah pilihan yang kurang tepat.

Rossi dan Monster Energy bakal berpisah pada akhir musim MotoGP 2020. Posisi The Doctor di pasukan Yamaha itu akan digantikan Fabio Quartararo.

Rossi dilaporkan sedang berbincang dengan pasukan dari Malaysia, Petronas SRT yang hanya berstatus pasukan satelit.

Beberapa minggu lalu, Rossi dan Petronas dilaporkan sedang rancak berunding untuk kerjasama di antara kedua dua pihak.

Bercakap kepada Tuttomotoriweb, Cecchinello memperlekehkan perkembangan tersebut sambil menganggap ia tidak setaraf dengan Rossi.

Cecchinello berkata: “Seorang pelumba tidak akan pernah ingin mengakhiri karier seperti itu.”

Ketika ditanya siapakah lebih bagus, Rossi atau Marquez, Cecchinello memilih Marc Marquez.

“Saya pilih Marc Marquez kerana setiap sukan akan ada evolusi. Ada perubahan evolusi secara semulajadi. Kita semua patut buat tugu penghormatan kepada Rossi di setiap litar, kerana beliau membantu menaikkan sukan ini ke satu tahap baru, menjadikan sukan ini sangat popular. Ia luar biasa.”

“Namun kalau nak melihat dari sudut kesukanan, saya akan pilih Marquez kerana dia menaikkan penanda aras.”

Valentino Rossi bakal mengakhiri kerjasamanya dengan pasukan Monster Energy pada akhir musim MotoGP 2020.

Sejak tampil di kelas utama pada 20 tahun lalu, Rossi selalu menjadi bagian pasukan pengeluar utama. Baik ketika mewakili Honda, Yamaha, dan Ducati.

Bekas penguus Rossi, Carlo Pernat meramalkan Rossi dan Petronas akan berdepan dengan banyak kesulitan di dalam rundingan mereka.

Rossi pastinya cuba meminta gaji yang setinggi yang boleh walaupun harus menerima hakikat gajinya mungkin akan kurang daripada yang dia dapat sebelum ini.

Selain daripada Petronas, beberapa pasukan lain turut berminat mahu mendapatkan Rossi. Namun begitul Petronas dilkatakan sedang mendahului pasukan yang lain untuk mendapatkan khidmat The Doctor.

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) sebelum ini menyatakan bahawa mereka membuka ruang kepada mana-mana pelumba yang dilihat berpotensi menggantikan slot Fabio Quartararo yang bakal menyertai pasukan pengeluar utama Yamaha pada musim 2021.

Dan turut menyatakan mereka sedia untuk merisik legenda Valentino Rossi.

Yamaha Factory Racing MotoGP Team sudah pun mengikat Quartararo dan melanjutkan kontrak Maverick Vinales sehingga 2022, baru-baru ini.

“Setakat ini, kami masih tidak mempunyai apa-apa perancangan. Kami masih melihat sesiapakah yang layak memasuki pasukan kami. Sudah tentu, keutamaan kepada Malaysia yang berpotensi dan mempunyai prestasi yang baik di Moto2 untuk layak menyertai pasukan ini,” kata Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali ketika diminta mengulas mengenai isu Rossi.

“Mengenai Valentino Rossi, andai dibaca… ada artikel yang mengatakan dia mahu ke pasukan ini. Ini satu penghormatan buat pasukan tetapi kami masih belum ada perbincangan atau masih belum mempunyai niat untuk mengambil dia setakat ini.”

“Adakah ada kemungkinan?. Bagi saya, ia berkemungkinan sekiranya Rossi sendiri berjumpa dengan kami dan membincangkan minatnya untuk menyertai pasukan… di situ barulah kami buka ruang perbincangan, bukan saja bersama Rossi tetapi juga PETRONAS secara keutamaannya.

“Selain Rossi ataupun pelumba Malaysia yang ada (di Kejuaraan Motosikal Dunia), kami juga akan melihat pelumba di (saingan) Moto2 yang pasukan boleh bangunkan sebagaimana dilakukan pasukan terhadap Quartararo sebelum ini.”

Buat masa ini hanya Franco Morbidelli yang masih belum diketahui arah tujunya untuk musim 2021 namun Razlan percaya akan ada satu perbincangan dilakukan pelumba dari Itali itu pada ujian rasmi pra musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang, minggu depan.

“Kami mengharapkan Morbidelli dapat buat yang terbaik untuk tahun ini. Setakat ini, tidak ada perancangan untuknya lagi bagi tahun 2021 dan saya yakin dia akan berbincang pada ujian pra musim, minggu depan,” tambah beliau lagi.

Rujukan tambahan: BH Online 

Baca yang lain