Seorang petani dan usahawan di India dari daerah Bhiwandi bernama Janardan Bhoir telah membeli sebuah helikopter untuk memudahkannya menjual susu di beberapa kawasan di India.
Janardhan Bhoir baru baru ini memulakan usahasama dengan rakan niaganya dalam bidang perniagaan hasil tenusu.
Beliau memutuskan untuk melabur lagi dalam pengangkutan. Lalu dia membeli sebuah helikopter yang berharga sekitar $4.2 juta ataupun sekitar RM17 juta.
Menurut laporan DNA, Janardhan menyatakan dia berbuat begitu kerana seringkali berulang alik ke kawasan di Punjab, Haryana, Rajasthan, dan Gujarat untuk urusan menjual susu.
Janardhan seorang yang tak suka bermalam di tempat lain. Beliau mahu segera pulang ke rumah apabila urusannya sudah selesai.
Satu satunya cara beliau boleh berbuat demikian hanyalah dengan melalui pengangkutan udara.
Malangnya tidak semua kawasan tersebut ada lapangan terbang. Beliau kemudian meminta pandangan rakannya. Dan rakannya mencadangkan agar dia membeli helikopter.
Janardhan sudah membeli helikopter tersebut dan akan diterimanya pada 15 Mac akan datang.
Janardhan berkata: “Saya harus kerap pergi ke sana ke sini untuk urusan perniagaan. Jadi, itulah sebabnya saya membeli helikopter.”
😱😱😱😱
Bhiwandi farmer buys helicopter worth Rs 30 crore to sell milkhttps://t.co/Xd4qSEYW3b— Manesha 🚩🚩🚩 (@Manesha76) February 16, 2021
“Saya perlukannya lebih kerap untuk melicinkan urusan perniagaan susu dan pertanian saya.”
Janardhan sudah menguji pandu helikopter tersebut. Ya, sudah tentula juruterbang yang membawanya dalam sesi uji pandu itu.
Janardhan malah membawa beberapa penduduk kampungnya merasai pengalaman menaiki helikopter ketika sesi ujian tersebut.
Ketika ini Janardhan sedang sibuk menguruskan pembinaan helipad dengan pagar khas dengan keluasan 2.5 ekar. Ianya dilengkapi dengan garaj, bilik operasi pesawat dan kejuruteraan.
Janardhan merupakan petani kaya raya dengan kekayaannya sekitar USD14 juta. Tolak duit beli heli, masih ada sekitar USD9.8 juta.