Bosan Cuti, Mo Salah Lepas Gian Dengan Memecut Dan Menggelecek Lawan Di Gelanggang Ragbi?

Mohamed Salah dikenali dengan sikapnya yang gilakan latihan walaupun ketika cuti. Latihan tambahan secara peribadi ini penting untuk para pemain.

Lihat Virgil Van Dijk dan Alex Oxlade Chamberlain, masih melakukan latihan ketikan cuti.

Begitu juga Alisson yang meluangkan masa berlatih dengan adiknya di Brazil.

Sikap pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Salah yang komited dengan latihan membuatkan beliau memendekkan cuti dan kembali ke Melwood lebih awal.

Beliau turut membalas usikan Lovren yang bertanya dia bercuti kat mana? – dengan kapsyen dia sedang berlatih.

Β 

Tapi tak sangka la Salah berlatih untuk perlawanan ragbi. Err…

Salah lepas gian di lapangan ragbi

Semalam tertular satu video dengan kelibat Mohamed Salah berlari dalam acara ragbi.

Larian derasnya di lapangan ragbi tak mampu dikejar dan dihadang.

Video yang berkualiti 3GP itu sangat cepat viral di kalangan para peminat. Saksikan sini dengan versi dramati siap ada lagu.

Punyalah komited dan bosan Salah ketika cuti musim sejuk ini, sampai melepaskan gian berlari di padang ragbi.

Hahaha,

Semua kita tahu itu bukan dia. Saja je mengusik. Sebenarnya itu video pemain bintang pasukan ragbi, Salford Red Devils iaitu Rhys Williams.

Salford Red Devils ni yang mencetuskan nama Setan Merah pada Manchester United.

Mereka memang salah sebuah pasukan ragbi yang power. Memiliki sejarah perjalanan kelab yang sangat unik.

Rhys William melakukan try dan larian padu dan meggiurkan itu ketika perlawanan menentang Toronto Wolfpack.

Secara kebetulan gaya rambut dan lariannya memang mirip Mo Salah.

Rhys William telah berjaya membantu Salford Red Devils menewaskan Toronto Wolfpack 24-16.

Rhys William melakukan larian deras yang tak mampu dihalang oleh mana mana lawan.

Inilah wajah sebenar Rhys William, Mo Salah di Liga Ragbi.

Mo Salah dan rakan rakan akan meneruskan semula kempen dalam EPL pada hujung minggu ini.

Beliau terus menjadi nadi penting pasukan Liverpool dalam usaha pasukan itu menamatkan kemarau dan penantian 30 tahun kejuaraan liga.

Tahun lepas hampir menang, tapi tak menang juga la walaupun dapat 97 mata dan kalah sekali je. Kejam bukan?

Bak kata orang, hidup harus diteruskan. Takkan nak meratap kekecewaan. Liverpool bangkit dan kini 22 mata di atas Man City.

Salah meneruskan rutin latihan di Melwood dengan senyuman.

Liverpool hanya memerlukan enam kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan status kejuaraan EPL mereka musim ini.

Musim 2019, Salah membantu Liverpool tapau treble antarabangsa – UCL , Uefa Super Cup dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Dalam rangking harga berdasarkan valuasi Transfermarkt, Mohamed Salah kini diiktiraf pemain sayap kanan yang paling mahal di dunia.

Mohamed Salah juga merupakan penerima gaji paling tinggi di Liverpool ketika ini.

Baca yang lain