Bosan Makanan Tak Sedap, Banduan Ini Buka TikTok Masakan Dari Penjara

Share on facebook
Share on twitter

Seorang banduan yang disabitkan kesalahan membunuh dari California telah memulakan ‘karier’ baru dari dalam penjara.

Walaupun terasing daripada dunia luar, namun dia tetap membukan channel memasak menerusi TikTok.

Dan dia melakukanny ketika menjalani hukuman di penjara. Ia telah membuatkan warganet terkejut. Ada dua perkara yang membuatkan mereka terkejut.

Pertamanya, seorang banduan membuka akaun TikTok dari dalam penjara yang ketat kawalan keselamatannya.

Dan kedua, kemahiran banduan tersebut memasak yang dianggap luar biasa.

Antaranya, dia telah menunjukkan cara memanggang burrito dan bahkan membuat kuih muih lengkap dengan aising yang ditaburkan di atasnya.

Lelaki berusia 31 tahun bernama Jeron Comb, menjalani hukuman 70 tahun penjara kerana pembunuhan tahap pertama dan cubaan membunuh.

Dia telah berada di sebalik tirai besi sejak berusia 18 tahun.

Semasa menghabiskan hidupnya di dalam penjara, Jeron belajar memasak daripada tukang masa di penjara.

Dan dia sekarang telah menggunakan TikTok untuk menunjukkan kepada dunia karya agungnya.

Masak sebab nak makan sedap

Menurut laporan Metro UK, banduan tersebut menggunakan periuk pecah – yang dijumpainya di dapur penjara untuk memasak dari katilnya.

“Saya memutuskan untuk memasak kerana ianya lebih baik daripada apa [makanan] yang mereka [warden] berikan saya makan.”

“Kami mendapat bungkusan makanan dari kantin, jadi kami boleh memesan makanan yang dibungkus. Saya buat dapur hot plate dan memasak di atasnya.”

Seterusnya, Jeron juga menjelaskan bahawa makanan yang dimasaknya bukan hanya dimakan olehnya sendiri, tetapi juga diberikan kepada rakan-rakannya lain di penjara.

Dia menegaskan dia akan cuba memasak menggunakan bahan terbaik yang dia ada pada ketika itu.

“Saya  memiliki hobi memasak. Saya berada di penjara ini sejak 18 tahun yang lalu dan di sinilah saya belajar semua memasak,” katanya.

@burritoking2020

they can’t do what I do #freejmoney he ain’t do nothin

♬ original sound – mrinnocent72x0

Dari hasil video masakannya di TikTok, Jeron menjadi viral dan dikenali oleh netizen sebagai banduan yang pandai memasak.

Sebenarnya, dia sudah mempunyai banyak pengikut. Jeron juga tidak menyangka sama sekali akan menjadi ikutan ramai.

“Pada mulanya saya memutuskan untuk menyiarkan video di Tiktok untuk suka suka saja, tetapi saya tidak pernah menyangka seluruh dunia akan melihat saya,” kata Jeron.

Jeron berharap video memasaknya di TikTok akan membuat orang berfikir bahawa kehidupan penjara sebenarnya tidak seperti yang digambarkan di media dan di rancangan TV.

Saya tidak mahu orang memandang rendah kepada kita hanya kerana kesalahan yang kita buat.”

“Dan saya mahu orang di luar melihat penjara adalah tempat yang berbeza bagi sesetengah orang gambarkan,” katanya.

Ramai netizen juga berkomentar di video memasaknya.

“Anda boleh menjadi cookies. Kemampuan kamu untuk menyesuaikan diri sangat memberi inspirasi,” tulis netizen.

“Tidak sabar untuk melihat apa yang akan anda masak masakan seterusnya. Sejujurnya ini menenangkan saya apabila saya bosan,” tulis netizen lain.

Ada yang memuji tahap kebersihan Jeron ketika memasak dan menanggap banduan itu memang ada bakat untuk menjadi chef.

@burritoking2020

♬ It’s Your Birthday – R. Kelly

Jeron telah membuat hidangan yang rumit menggunakan barang-barang separuh masak atau makanan segera dengan alat panggangannya sendiri.

Korang boleh klik pautan ini kalau nak melihat video video masakan dia yang lain. Pastikan korang ada apss TikTok la.

Nak tengok banduan masak

Baca yang lain