Bosan Tak Ada Kerja, Ederson Nekad Convert Posisi Jadi CM

Ederson merupakan pemain penjaga gol yang dikenali dengan kegemarannya untuk naik atau terlibat dalam permainan terbuka.

Kerana terlalu bosan, penjaga gol utama Manchester City, Ederson memutuskan untuk bermain di posisi midfield ketika aksi kemenangan bertemu Norwich City awal pagi tadi.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu berpesta gol di Carrow Road dengan Raheem Sterling cemerlang mencatatkan hat-trick, dan Phil Foden turut menyumbang satu gol dalam membantu The Citizens benam The Canaries 4-0.

Kemenangan itu turut membantu Manchester City untuk terus mendahului saingan liga dengan mereka kini 12 mata mengatasi Liverpool yang sedang berada di kedudukan kedua.

Ederson boleh dikatakan langsung tidak diuji dalam perlawanan ini dengan beliau hanya membuat tiga save sahaja sepanjang aksi perlawanan yang didominasi sepenuhnya oleh Manchester City itu.

Dek kerana terlalu bosan dan tidak berpeluh, Ederson pada aksi babak kedua memutuskan untuk naik ke bahagian tengah dan beraksi seolah-olah beliau bermain di posisi central midfielder.

“Saya rasa Pep Guardiola sendiri pun tak boleh nak marah, mungkin Ederson rasa dia perlu lakukan sesuatu, sebab tu dia sampai naik ke atas.”

“Saya terhibur melihat pemain lain risau lihat Ederson naik terlalu atas dengan pemain Norwich masih ada di kawasan City.”

“Ini namanya dia buat kerja, dia bukan dibayar untuk sekadar duduk, Ederson memang benar-benar boleh multitasking. Pep patut suruh dia main dua posisi lepas ni.”

“Walau dia hanya naik sekejap, tapi impak dia teruk untuk pemain Norwich, ia jelas menunjukkan yang mereka langsung tak berguna dalam perlawanan ini.”

“Saya tak tahu macam mana dia boleh begitu yakin, mungkin dia betul-betul bosan dekat bawah, sebab tu dia pilih untuk main di posisi midfield.”

Pemain kebangsaan Brazil itu sememangnya sering berada sedikit ke hadapan dari garisan gawang golnya agar mudah untuk beliau pintas bola serangan dari pasukan lawan.

Ketika aksi bertemu Norwich awal pagi tadi, Ederson melakukan hal tersebut pada minit ke-58 permainan dengan beliau naik ke atas untuk memintas jentera serangan lawan.

Beliau kemudiannya memutuskan untuk bergembira di atas, dengan membuat beberapa sentuhan terlebih dahulu sebelum menghantar bola kepada Phil Foden.

Selepas menghantar bola seperti seorang pemain central midfielder, Ederson kemudiannya berlari anak untuk kembali semula ke gawang golnya.

Ia merupakan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan dari Ederson yang tak boleh tahan mahu menghiburkan dirinya yang kebosanan di bawah.

Apa yang lebih menakjubkan lagi adalah Ederson nampak sangat selesa membawa bola dan beliau nampak benar-benar seperti seorang pemain padang.

Ini bukanlah kali pertama Ederson memutuskan untuk naik ke atas dengan beliau sebelum ini lagi sudah melakukan hal yang sama hingga ditegur oleh Pep Guardiola.

Ketika aksi bertemu Wolverhampton Wanderers pada musim 2018/19 yang lalu, bekas bintang Benfica itu berjaya memenangi bola di posisi midfield dan turut cemerlang menyempurnakan tiga hantaran.

Ederson membesar dengan mengidolakan legenda bola sepak Brazil, Rogerio Ceni dan beliau turut bermain di posisi full-back sebelum memutuskan untuk bertukar posisi ke penjaga gol.

Beliau pernah bermain sebagai pemain padang ketika aksi perlawanan amal dan turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Ederson juga berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dan kerana itulah beliau pernah meminta untuk menjadi pengambil sepakan penalti untuk Manchester City.

Beliau bahkan turut pernah menyatakan yang beliau mahu bermain di posisi Kevin de Bruyne.

“Jika saya perlu naik ke atas seperti ini, saya tak akan minta untuk jadi penyerang. Saya lebih berminat mahu bermain di posisi midfield, di tempat Kevin De Bruyne.”

Jelas Ederson kepada laman rasmi kelab.

“Pada minit-minit akhir tak ada masalah untuk naik ke atas, tapi jika saya diberi pilihan, saya akan katakan yang ‘Keluarkan De Bruyne dan mainkan saya. Ia tak akan ubah apa-apa.”

Sumber: The Sukan