Bouhafsi Sahkan Thiago Alcantara Setuju Sertai Liverpool

Laporan daripada koresponden Mohamed Bouhafsi menyatakan bahawa pemain tengah Bayern Munich iaitu Thiago Alcantara setuju untuk menyertai pasukan Liverpool.

Laporan tersebut menyebut bahawa Thiago Alcantara akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Liverpool yang baru sahaja menjadi Juara Liga Perdana Inggeris.

Thiago Alcantara sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau berminat untuk menyertai pasukan Jurgen Klopp.

Oleh sebab itu terdapat laporan yang menyatakan bahawa Manchester City menarik diri selepas mengetahui pemain itu lebih memilih untuk bermain dengan pasukan seteru liga mereka.

Kontrak semasa Thiago Alcantara masa tinggal setahun sahaja lagi dan pemain itu akan menjadi pemain ejen bebas pada akhir musim hadapan.

Bouhafsi juga melaporkan bahawa pemain itu sudah mendapat rumah untuk didiaminya di England kelak.

Thiago Alcantara sudah mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa orang rakan sepasukannya di Bayern Munich.

Liverpool dan Bayern sebelum ini dilaporkan ada melakukan contact berkenaan dengan pemain tersebut namun tiada bidaan rasmi dibuat kerana Liverpool tidak dapat memenuhi permintaan €30 juta oleh Bayern.

Alcantara sudah menyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak di kelab Bavaria tersebut.

Kini tinggal Liverpool dan Bayern Munich untuk memuktamadkan perjanjian pemain ini.

Hansi Flick pernah menyatakan bahawa Alcantara mahu mencari cabaran baharu di dalam kariernya dan destinasi pilihannya adalah Liga Perdana Inggeris.

Sebelum itu, Alcantara dilaporkan berada dalam radar Man City. Pep Guardiola mahu menjadikan Alcantara sebagai pengganti kepada David Silva.

David Silva sah meninggalkan Man City pada akhir musim ini. City sudah memiliki Phil Foden yang dilihat boleh mengisi tempat Silva.

Namun untuk kualiti skuad yang lebih baik, Pep berharap pemain seperti Alcantara akan menyertai mereka.

Walaubagaimanapun, pemain tersebut menegaskan beliau akan menjadi lebig gembira jika dapat bekerjasama dengan Klopp dalam fasa seterusnya karier beliau.

Lalu beberapa hari lalu sumber daripada Fabrizio Romano dan Christian Falk mengesahkan bahawa Liverpool menghubungi Bayern untuk membincangkan perpindahan Alcantara.

Bayern masih bertegas bahawa mereka meletakkan tanda harga tidak kurang daripada €30 juta untuk pemain tersebut.

Selain itu Liverpool juga kini masih berusaha untuk meyakinkan Gini Wijnaldum untuk terus kekal di Anfield.

Wijnaldum masih belum melanjutkan kontrak baharu bersama Liverpool.

Alcantara adalah pemain yang boleh bermain di banyak posisi di bahagian tengah terutama sekali yang ofensif.

Namun dalam kariernya kerap diganggu oleh masalah kecederaan.

Liverpool Echo menafikan laporan bahawa Liverpool FC membuka rundingan. Namun Fabrizio Romano menyatakan bahawa, Liverpool memang sudah membuka rundingan, cuma tidak setuju dengan harga diminta.

Kedua dua pihak masih mencari solusi.

Liverpool tidak dinafikan berminat dengan Alcantara. Namun Liverpool meminta harga lebih rendah untuk pemain yang memiliki rekod kecederaan dan juga faktor baki kontrak dan umurnya.

Ketika ini Thiago Alcantara masih lagi berada di Portugal untuk meneruskan kempen Liga juara-juara Eropah yang diadakan dengan format kem kejohanan ala Piala Dunia.

Thiago Alcantara menjadi instrumen penting Bayern Munich ketika mereka membelasah bekas kelab lamanya Barcelona 8-2.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan