Yassine Bounou sebelum ini dikaitkan dengan banyak kelab termasuk Bayern Munich dan Real Madrid.
Namun kisah menarik, penjaga gol itu mengesahkan bahawa dia benar benar menerima tawaran daripada Real Madrid namun terpaksa melupakannya kerana Maghribi.
Real Madrid kehilangan Thibaut Courtois kerana kecederaan ACL. Dan akan berehat panjang.
Bounou mengesahkan laporan bahawa komitmennya untuk bermain dengan Maghribi pada AFCON akan menjejaskan rundingannya dengan Real Madrid.
Dan dia memilih Maghribi sebagai keutamannya berbanding Real Madrid.
Bounou mengesahkan bahawa Real Madrid memberitahunya bahawa dia adalah keutamaan atau pilihan utama kelab itu pada masa itu untuk ditandatangani.
Dan perpindahan itu hanya memerlukan tandatangannya sahaja. Malangnya, terdapat konflik dalam keutamaan kelab dan negara.
Real Madrid mahukan Bounou melupakan tugasan Piala AFCON musim ini jika dia mahu menyertai kelab itu.
Bounou memberitahu Carlo Ancellotti bahawa keutamaannya adalah Maghribi. Dan pasukan itu akan beraksi dalam Piala Afrika atau AFCON pada Januari depan.
Mendengar Bounou berkeras mahu beraksi dalam Piala AFCON, pasukan rekrut pemain di Real Madrid membincangkan semula pilihan untuk mendapatkan Bounou dan akhirnya mereka memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan dan beralih ke sasaran lain.
“Itu yang saya faham. Kemudian, lembaga pengarah menganalisis keadaan, menilai sama ada saya boleh pergi ke Piala Negara-Negara Afrika – jika saya menyertai mereka. Jika itu berlaku, saya akan terlepas banyak aksi penting dalam bulan bulan penting untuk Real Madrid, dan mereka berpendapat ia tidak boleh berlaku,” kata Bounou.
🇲🇦🗣️ Yassine Bounou: "I understand that I was the first option for Real Madrid. Later, the board of directors analyzed the situation, saw that I could go to the African Cup and miss a lot of games in an important month for Real Madrid." @elpelotazocsr pic.twitter.com/gOEFmWWzNe
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) September 6, 2023
Bounou, yang baru-baru menyertai kelab Saudi Al Hilal selepas perjanjian Real Madrid gagal, mengakui bahawa AFCON mempunyai pengaruh besar terhadap kedua-dua keputusannya.
Dia juga mendedahkan bahawa bekas rakan sepasukannya di Sevilla Youssef En-Nesyri turut menolak beberapa tawaran kerana hanya Sevilla yang memberikan kelonggaran untuk dia beraksi dalam Piala AFCON.
Bounou setuju dengan laporan oleh Marca yang menyatakan bahawa Piala AFCON yang berlangsung pada pertengahan musim bola sepak Eropah antara faktor yang menghalang beberapa pemain mereka mendapat kontrak dengan kelab elit di Eropah.
Semasa wawancara yang sama, Bounou juga menyebut dia turut menerima tawaran perpindahan lain daripada beberapa kelab elit Eropah, termasuk Bayern Munich.
“Bayern telah berhubung dengan Sevilla. Mereka meminta saya menunggu dan berkata mereka akan menghantar tawaran,” katanya sambil menyatakan bahawa potensi perpindahannya tidak berlaku kerana kelab Jerman itu hanya mahu mendapatkan khidmatnya secara pinjaman.
“Malangnya, kelab itu sekarang tidak mahu berbelanja, ia sukar,” jelas Bounou.
Bayern ketika itu menumpukan usaha mendapatkan Harry Kane yang membuatkan mereka membayar lebih €100 juta.
Ditanya tentang En Neysri, Bounou menyatakan bahawa pemain itu sangat sayangkan Sevilla pada masa ini.
“Dia ada menerima beberapa tawaran, saya bercakap dengan dia dan wakilnya. Dia dapat tawaran daripada pasukan lain, tetapi dia tidak boleh menukar ganti Sevilla untuk apa sahaja masa ini. Dia ada cerita tersendiri di sana,” tegas Bounou.