Malaysia harus menggariskan isu kreativiti dan permainan kombinasi dari middle third sampai ke serangan.
Berlaku perubahan yang ketara ketika bertahan. Di mana pemain tidak melakukan bentesan yang tidak perlu. Banyak kali mematikan bola atau gerakan lawan dengan permainan berpasukan.
Ini antara world class tackle oleh pemain yang berada sebagai last man.
Namun sukan bola sepak itu sukan yang kemenangan ditentukan dengan gol. Dalam peringkat ini, harus ada pemenang dan tidak ada seri lagi.
Untuk menang kena menjaringkan gol. Ini elemen yang Harimau Muda lemah. Daripada aspek kreativiti, Malaysia bermain dengan pattern yang direct dan predictable. Tidak ada usaha menukar taktikal walaupun buntu.
Membuat pertukaran pun lebih kepada direct sub berbanding menukar taktikal.
Seterusnya, dari aspek serangan balas, Malaysia terlalu mudah dijangka. Bergerak di sayap dan lambat untuk masuk ke dalam half space.
Penyerang seperti Luqman Hakim, mereka isolated. Sebab sistem permainan tidak berpaksikan permainan kombinasi. Ianya berasaskan sistem crossing yang sesuai untuk target man.
Vietnam pula bukanlah beraksi dengan baik sekali. Mereka pun macam Malaysia. Mereka malah terikut ikut rentak Malaysia. Itu yang menjadi masalah mereka.
Pemain mereka cuma lebih baik kerana dominan dan mencipta lebih banyak kemungkinan berbanding Malaysia.
Gol mereka pada extra time adalah kerana keeper keluar dari zon belakang dan gagal claim atau keluarkan bola. Itu memang syarat wajib penjaga gol kalau keluar. Kita tak kata tindakannya salah. Tapi rule dia, bila dia keluar dia kena dapat bola.
Dia gagal dan Vietnam mendapat gol daripada bola mati.
Positifnya dalam perlawanan ini adalah, pemain bertahan dengan baik – seperti disebut di atas. Seterusnya, cuba bermain dengan binaan dari bawah. Cuma apabila semakin tinggi mereka berada di zon padang, semakin kurang impak.
Seterusnya dari segi duel, Malaysia tidak dapat dibuli Vietnam dalam perlawanan ini. Malaysia mampu bersaing secara fizikal.
Tetapi masih ada lagi masalah pemain suka buat extra touches yang tak diperlukan. Lepas gelecek seorang pemain, nak pergi ke pemain kedua, kemudian nak ketiga. Akhirnya dia akan pergi ke wide area atau hilang bola.
Dari segi stamina, kedua dua pasukan setara. Kalau korang rasa Malaysia keletihan, Vietnam pun sama. Kalau korang rasa, stamina Vietnam ok untuk 120 minit, Malaysia pun level yang sama.
Aspek fitness dalam perlawanan ini tiada masalah, kredit kepada team fitness coaching dan team yang handle conditioning pemain.
Dari segi taktikal, ini yang harus dijawab Brad Maloney. Dia tak ada perubahan taktikal signifikan. Mungkin berharap perlawanan ini akan sampai ke penalti selepas melihat Vietnam bergelut nak tembusi blok rendah Malaysia?
Saya tak cakap ianya tactical error. Tetapi lebih kepada tiada plan B atau C yang lebih baik untuk menembusi gawang lawan. Memasukkan Hadi Fayyadh untuk lebih fizikal mungkin itu sahaja yang cuba dilakukan. Tetapi sebenarnya ia bukan perubahan taktikal. Lebih kepada perubahan teknikal.
Rumusannya
Vietnam menunjukkan lebih keinginan untuk menjaringkan gol berbanding Malaysia yang lebih keinginan untuk bertahan dan membawa perlawanan ini ke penentuan penalti.
Pada separuh masa pertama Malaysia bermasalah di tengah kerana terlalu soft.
Namun isu itu diperbaiki pada separuh masa kedua. Cuma Malaysia gagal memperbaiki aspek di final third dari segi kreativiti, off ball movement, decision making, permainan kombinasi dan ketajaman.
Malaysia ada peluang untuk menjaringkan gol. Namun pemain kita melakukan clearance header di hadapan gol lawan.