Brader Ni Jadi Manusia Pertama Dapat PS4, PS4 Pro Dan Kini PS5

Joey Chiu, merupakan manusia yang pertama membeli PlayStation 4 pada pelancarannya pada tahun 2013, dan yang pertama mendapat PS4 Pro ketika dilancarkan pada tahun 2016.

Dan terbaru, Sony mengiktiraf Joey sebagai manusia pertama mendapat PS5, sehari sebelum PS5 diedarkan ke rumah pembeli yang membeli secara pra tempah.

“Kesabaran adalah sikap terpuji, ini untuk kamu,” tulis Sony dalam catatan di dalam kotak.

Kejayaan Chiu mendapatkan PS4 pada tahun 2013 adalah salah satu kisah paling menyeronokkan dalam tahun yang sangat menyeronokkan untuk permainan video.

Dia hanya mahu mendapatkan PS4 dan entah bagaimana akhirnya berada di kedudukan pertama dalam acara pelancaran konsol di New York pada bulan November.

Andrew House, presiden Sony Computer Entertainment dan Jack Tretton, SCE A.S. bos, membawa Chiu naik ke pentas untuk penganugerahan Konsol Pertama PS4 pada ketika itu.

Dan Joey kelihatan tersipu sipu malu, tidak menyangka beliau akan diberikan penghormatan sebegitu rupa.

Ketika diumumkan Chiu sangat terkejut dan menunjukkan gesture: “Siapa? Saya ke?”

Oleh kerana situasi wabak yang melanda dunia pada hari ini. Tidak mungkin untuk Sony membuat acara khas kepada pembeli pertama PS5.

Jadi Sony telah memberikan plat penghargaan kepada Joey Chiu.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di