Bradl Kritik Pihak Yang Perlekehkan Rossi: “Sebab Dia MotoGP Ni Ramai Peminat”

Pelumba ujian Repsol Honda, Stefan Bradl ternyata kurang senang mendengar beberapa pihak mempersoalkan tentang keputusan Valentino Rossi untuk terus berlumba.

Kritikan ke atas Rossi agak pedas selepas pelumba veteran itu terus kemarau podium sejak musim lalu. Ada yang menyatakan bahawa Rossi sudah ‘tamat’ dan sepatutnya berundur memberikan peluang kepada muka baharu.

Namun Bradl tidak bersetuju dan meminta orang ramai untuk menghormati keputusan Valentino Rossi untuk terus berlumba walaupun dia berusia 42 tahun.

Valentino Rossi adalah pelumba tertua di MotoGP pada ketika ini, dan masih berusaha untuk membuktikan bahawa beliau masih mampu beraksi di tahap tertinggi.

Namun, pelumba Petronas Yamaha SRT sebenarnya berprestasi buruk pada awal musim ini. Valentino Rossi hanya mengumpul empat mata dari tiga perlumbaan pertama musim ini.

Valentino Rossi memulakan musim ini dengan menduduki tempat ke-12 di Qatar MotoGP 2021. Kemudian mengakhiri Doha MotoGP 2021 di kedudukan ke-16. Pencapaian Valentino Rossi semakin teruk kerana gagal menamatkan saingan di MotoGP Portugal 2021.

Sedangkan pelumba Yamaha yang lain terus menunjukkan aksi cemerlang termasuk rakan sepasukannya dalam SRT iaitu Franco Morbidelli.

Dua pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo dan Maverick Vinales sudah menunjukkan bahawa mereka akan menjadi pesaing kejuaraan. Di mana Quartararo sedang mendahului kedudukan dalam carta keseluruhan pelumba, dengan koleksi 61 mata. Sementara Vinales, yang ketinggalan 10 mata, berada di tempat ketiga.

Prestasi pelumba Yamaha lain memberi tekanan kepada Valentino Rossi untuk mendapatkan hasil yang lebih hebat, serta dalam usahanya menutup mulut pengkritiknya.

Namun, Bradl tetap yakin pada Valentino Rossi. Bradl menyatakan Rossi sendiri tahu bila masa sesuai untuk beliau bersara. Selain itu, Bradl juga percaya Rossi sudah mempertimbangkan sebaik baiknya keputusannya untuk terus berlumba.

Bradl berkata: “Saya rasa dia (Valentino Rossi) belum menunjukkan prestasi sebenarnya.”

“Saya rasa Valentino Rossi sudah cukup dewasa dan tahu bila masa yang tepat untuk dia mengundurkan diri. Dia masih berseronok di atas litar. Ini bukan semata mata kerja baginya, itu adalah semangatnya. Jadi, ianya harus dihormati.”

Dengan penyertaan Rossi musim ini, ia menjadikan beliau pelumba paling tua pernah bersaing dalam kelas premium MotoGP.

Bradl menambah: “Ada beberapa perlumbaan lagi untuk dia menentukan sama ada dia mahu bersara ataupun meneruskannya lagi. Dia sudah menyatakan bahawa dia sedia menambah beberapa tahun lagi untuk berlumba.”

Bradl turut kagum apabila Rossi bakal menjadi bos kepada pasukan MotoGP selepas beliau bersara – bersama dengan pasukan  miliknya VR46.

“Dia nak menjadi bos pasukan juga kan? saya tak boleh bayangkannya, namun ianya pasti sukar.”

Bradl kemudian meningatkan bahawa, tanpa Rossi, MotoGP mungkin tidak berpengaruh seperti yang ada sekarang. Rossi telah menjadi watak penting yang menarik ramai peminat untuk menyaksikan MotoGP – terutama sekali pada zaman kemuncaknya.

“Para peminat sukakan dia kerana dia ikon sukan ini. Dia mengkayakan lagi MotoGP dengan aksinya. Dia melakukan berberapa perlumbaan hebat serta tampil di hadapan umum sebagai seorang insan.”

“Dia menjadi perkara yang peminat sukai.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.