Martin Braithwaite mungkin merupakan salah satu pemain Barcelona yang paling mengejutkan dalam sejarah kelab, dengan kejayaannya menyarung jersi Barcelona pada era Lionel Messi.
Tetapi lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa dia merupakan salah seorang pemain terkaya kelab.
Perjalanan kariernya bermula dari Middlesbrough ke Barcelona — merupakan impian luar biasa yang menjadi kenyataan buat Braithwaite. Beliau malah terus meyakinkan Koeman untuk dikekalkan, manakala Luis Suarez pula dipancung keluar.
Malah Tom Flight sendiri menyatakan bahawa keajaiban karier Braithwaite ini tidak mampu dijelaskan oleh saintis sama sekali.
Here is Martin Braithwaite playing for Boro v Hartepool almost 2 years to the day. Not long after a bizarre glitch in the universe occurred. He woke up as a Barcelona striker & will play in the Euro 2020 SemiFinal tomorrow. Scientists still have no explanation for what happened pic.twitter.com/s4LVlxqMCE
— Tom Flight (@TomFlight) July 6, 2021
Braithwaite bergabung dengan Barca pada Februari 2020, sudah tampil 53 kali untuk kelab itu. Beliau beberapa kali dikritik peminat sendiri sebagai pemain yang bernasib baik kerana berjaya menjadi pemain Barca. Beberapa persembahannya menjadi bahan jenaka seluruh peminat.
💪 Proud of you, @martinbraith! 🇩🇰 pic.twitter.com/TE5VZQDNs9
— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 7, 2021
Sudah ada desas desus bahawa dia akan pergi musim panas ini selepas kempen yang baik bersama dengan Denmark di Euro 2020. Walaupun dalam final aksinya agak hambar. Barcelona agak sukar mencari pembeli pemain itu, dan mereka mempertimbangkan untuk meminjamkan Braithwaite ke kelab lain untuk meringankan bil gaji pemain.
Braithwaite mungkin kurang bergaya aksinya di atas padang. Namun di luar padang dia merupakan pemain Barcelona kedua terkaya di Barcelona musim lalu. Hanya Lionel Messi yang lebih kaya daripadanya – dengan Messi ada kontrak € 1.3 juta seminggu di Barca.
Secara teknikal dia terkaya di Barca
Dengan kontrak Messi berakhir pada awal bulan ini, Braithwaite secara teknikalnya adalah pemain terkaya Barca sekarang.
Messi masih belum menandatangani kontrak dengan Barcelona walaupun presiden kelab, Joan Laporta memberikan jaminan, pemain itu hanya memilih Barcelona.
Messi dijangka akan menandatangani kontrak baharu selepas berakhirnya kempen Copa America, di mana beliau mara ke final dengan Argentina.
Bagaimana Braithwaite menjadi begitu kaya?
Kekayaan Braithwaite berasal dari beberapa pelaburan yang sangat baik, pada tahun 2017 dia melabur $ 850,000 dalam perniagaan harta tanah, dan pelaburan itu sangat menguntungkannya.
Kebijaksanaan beliau dalam melabur dibantu oleh penasihat kewangan yang bagus membuatkan beliau menuai hasil lumayan.
Pemain berusia 30 tahun itu telah membolehkan pendapatan mingguannya ala gaji Messi – campur wang dari gaji + perniagaan. Messi menang kerana ada muka laku di tv menerusi hak imej dan penajaan.
Braithwaite kini memiliki perniagaan yang bernilai $ 250 juta.
Bekas penyerang Boro, yang hanya menjaringkan sembilan gol dalam 40 permainan ketika bermain di utara Yorkshire itu dahulu, juga memiliki perniagaan pakaian dengan isterinya dan memiliki sebuah restoran di Barcelona.
Selain menghasilkan banyak wang sendiri, beliau seorang yang berhati mulai. Dia ingin membantu mewujudkan jutawan dalam komuniti kulit hitam di Amerika juga.
Bercakap di panel saluran Yahoo Finance baru-baru ini, penyerang itu berkata, “Kami ingin mengajar orang tentang kebebasan dari segi kewangan dan kekuatan yang mereka miliki.”
“Kami mempunyai begitu banyak perkara yang ingin kami lakukan dan sentiasa mempunyai mindset untuk memberi semula kepada mereka yang memerlukan.”
Bercakap mengenai usahanya di AS, penyerang itu memberitahu The Philadelphia Inquirer, “Saya sentiasa ada pasukan [perniagaan] di Amerika ini, dan saya rasa mungkin itulah sebabnya pemikiran saya mungkin lebih Amerika: bermimpi besar, melakukan perkara yang luar biasa, menuliskan gol.
“Di Denmark, kami memiliki sistem yang luar biasa melindungi rakyat. Semua orang baik baik sahaja. Tidak ada lagi yang mereka mahukan. Di Amerika, itu bukan perkara yang sama.”
Braithwaite sang jutawan yang luar biasa
Forbes pernah menulis ruangan khas memuji Braithwaite dalam menguruskan kewangannya. Pada 2020, Braihwaite dan bapa saudaranya yang merupakan seorang usahawan, Philip Michael, telah meneroka peluang perniagaan di AS.
Bercakap kepada Philip Michael: “Nombor 1, kamu sentiasa harus mahu menginspirasikan dan memperkasakan orang lain di sekeliling kamu untuk mengejar impian mereka. Martin adalah bukti hidup perkara itu.”
Philip Michael sendiri memulakan perniagaannya dengan wang yang kecil. Perniagaan pertamanya hanya bermodalkan $100 masa dia masih sekolah.
Kini dia dan Braithwaite menjadi pemilik perniagaan hartanah yang mampu melabur di negara kapitalis agung seperti AS.
Mereka mahu melahirkan lebih ramai jutawan dari kalangan generasi milenium.
Seterusnya, Braithwaite mahu membantu golongan kulit hitam di Amerika agar lebih ramai yang kaya. Kerana jurang di antara kaum kulit hitam di Amerika sangat besar sekitar 7%. Dan mereka mahu membantu merapatkan jurang tersebut.
Pada 2017, Michael dan Braithwaite melabur dengan wang sekitar $850k. Pada akhir 2020, syarikat mereka ada aset bernilai $10.2 juta dan $60 juta lagi prospek keuntungan daripada projek yang terus aktif.
Mereka melabur dalam sektor pembinaan perumahan mampu milik. Pada masa yang sama kualiti rumah mereka dijamin berkualiti dengan rumah yang setara, dengan harga jauh lebih rendah,
Dengan kekayaan luar biasa dimilik Braithwaite, mungkin dia boleh membantu Barcelona membayar gaji Messi? Siapa tahu, Barca menjadikan syarikat Braithwaite sebagai penaja khas yang boleh menggunakan imej Messi sebagai hak imej koporat.
Barcelona menyatakan mereka kini masih bergelut untuk melanjutkan kontrak Messi kerana halangan daripada FFP. Messi memiliki gaji sangat tinggi. Barca sedia membayarnya namun FFP pula akan menyekat pembayaran itu jika Barca tidak mendapat pelaburan lebih besar atau mengurangkan bil gaji pemain.
Presiden baru Barcelona, Joan Laporta memberikan jaminan kepada penyokong Barcelona, bahawa Lionel Messi akan kekal bersama mereka.
1 Julai menandakan bahawa secara rasminya Lionel Messi menjadi ejen bebas tanpa sebarang kontrak.
It's official! 👀
Lionel Messi is out of work!
He's a free agent as of now! Where will he end up next?#bbcfootball #Barca pic.twitter.com/sH2hD8LqeM
— Match of the Day (@BBCMOTD) June 30, 2021
Namun rundingan dengan Messi masih tidak dapat dimuktamadkan kerana isu Financial Fair Play. Ini kerana Barcelona kini berdepan dengan beban hutang yang sangat tinggi.
Pada masa yang sama, mereka memiliki bil gaji pemain yang tinggi. Ini menyukarkan mereka untuk mengesahkan kontrak Messi yang dijangka akan tetap menerima gaji yang besar – sama ada menaik ataupun kekal dengan gaji semasa.
Prestasi Lionel Messi musim lalu tidak langsung menunjukkan beliau berhak menerima pengurangan gaji walaupun Messi sudah berusia 34 tahun. Barcelona masih cuba mengeluarkan beberapa pemain dari kelab mereka untuk mengimbangi kontrak Messi.
Coutinho, Ousmane Dembele antara dua nama dengan gaji besar yang berada dalam senarai untuk dilepaskan Barcelona pada harga tertentu.
Laporta meminta peminat Barcelona bertenang kerana segalanya masih terkawal. Laporta menjelaskan kepada El Transitor: “Kami mahu Lionel Messi kekal dan Messi pun mahu kekal di sini. Segalanya masih berjalan lancar – kami cuma ada isu dengan Financial Fairplay.”
“Kami dalam proses mencari solusi yang terbaik kepada kedua dua pihak.”
Barcelona president Joan Laporta to @ElTransistorOC: “We want Lionel Messi to stay and Leo wants to stay. Everything is on track – we have the issue of Financial Fair Play, we are in the process of finding the best solution for both parties”. 🔴🇦🇷 #FCB @ReshadRahman_
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 30, 2021
Fungsi FFP secara ringkas
Jadi nampak la fungsi FFP ni macamana kan. Bukan macam di Liga Malaysia yang kononnya ada ECP ke apa nama dia. Yang sepatutnya fungsi macam FFP. Tapi elok je bagi kelab di Malaysia sign pemain walaupun dalam akaun pasukan tersebut tak ada duit nak menampung gaji pemain.
FFP ni adalah satu mekanisme digunakan kelab Eropah untuk mewujudkan kesaksamaan dan keadilan. Walaupun mungkin sukar mencari keadilan sebenar, sekurang kurangnya kelab kaya tidak terlalu sesuka hati menyuntik dana daripada pemilik.
Jika tanpa FFP, kau bayangkan City dan PSG yang sumber duit mereka tak ada titik penghujungnya.
FFP menetapkan bahawa setiap pasukan harus mencapai break even dalam 3 musim. Break even di sini, bermaksud – – titik dimana perolehan keuntungan sama besarnya dengan kerugian. Ataupun tak rugi apa apa.
Dan setiap pasukan hanya boleh mencapai kerugian maksimum €30 juta dalam 3 tahun FFP. Namun pada Jun, UEFA memberikan sedikit kelonggaran kepada semua kelab kerana pandemik. Di mana untuk kewangan tahun 2020, ianya akan dilampirkan sekali dengan 2021 sebagai satu laporan kewangan.
Namun dari segi angka kerugian, FFP tidak mengubahnya. Walaupun berlaku perubahan pada kelonggaran FFP, itu masih menjadi masalah kepada Barcelona. Ini kerana kontrak Messi pastinya sangat lumayan.