Prestasi pemain muda, Brandon Williams musim ini jelas sekali memberikan persaingan dan ancaman (yang sihat la) kepada Luke Shaw.
Sudah lama Manchester United tidak melahirkan pemain akademi yang sangat bagus ataupun elit untuk pertahanan terutama sekali side back ataupun backline.
Brandon Williams sudah memperlihatkan potensi yang sangat besar buat masa ini.
Ole Gunnar Solskjaer musim ini memberikan debut kompetitif kepada pemain muda ini dalam aksi kompetitif. Setakat ini beliau sudah menunjukkan bahawa dirinya sedia untuk bersaing dengan pemain utama dalam pasukan Man United.
Ini bukan benda kelakar, kerana pemain seperti Luke Shaw silap silap boleh hilang tempat dalam kesebelasan utama.
Sudah beberapa kali beliau menunjukkan aksi yang layak sebagai MOTM. Namun pada aksi berhadapan Burnley, anak muda ini akhirnya rasmi menjadi MOTM.
Brandon Williams’ game by numbers vs. Burnley:
89% passes completed
88% final third passes
6 ball recoveries
2 chances createdMature performance. 👏 pic.twitter.com/x2BIWmzbq3
— Statman Dave (@StatmanDave) December 28, 2019
Ole Gunnar Solskjaer sudah memberikan pandangan beliau tentang budak ini. Beliau berpendapat Brandon Williams ada kecerdasan yang bagus untuk adaptasi taktikal.
Pemain yang bijak membaca perlawanan. Berbanding dengan Luke Shaw yang lebih kepada bek sisi klasik yang lasak dan direct.
Jadi dari segi attacking wise, Brandon Williams ada kelebihan. Cuma masih terlalu muda untuk terlalu dihypekan.
Pengurusan minit yang sebaik mungkin diperlukan oleh United kerana pemain ini masih sangat muda iaitu berusia 19 tahun
Isu pengurusan kondisi pemain dan fizikal, itu semua perlu diambil kira.
Sebelum ini Ashley Young banyak dijadikan back up untuk Luke Shaw. Dan kini mereka ada pure left back. Membolehkan Young menjadi back up kepada Wan Bissaka dan menjadi pemain ketiga di posisi left back.
Another 🔝 performance means you've voted Brandon Williams as the #MUFC Man of the Match!
Nice one, Brandon 💪💪 pic.twitter.com/FGYLxG6OgH
— Manchester United (@ManUtd) December 28, 2019
Secara rumusan Brandon Williams telah memberikan United penyelesaian kepada beberapa masalah kepada backline iaitu squad depth, opsyen untuk taktikal dan juga kualiti permainan.
Jadi lepas ni dalam transfer Window dah tak pening sangat untuk left back area kan? Tak perlu nak maki Ed Woodward sangat.
Beliau antara prospek yang saya rasa berjaya dibangunkan dengan baik. Namun bukan semua prospek itu akan cemerlang apabila sudah menjadi pemain yang semakin dewasa.
Ini yang kita risaukan kepada bakat seperti ini. Pastinya diharap Brandon Williams akan terus memajukan dirinya.
Dari segi fizikal rasanya semua orang tahu beliau masih remaja dan perlu meningkatkan sedikit kekerasan dan kelasakan.
Namun kerana gaya permainan beliau yang lebih kepada destroyer, jadi itu yang memberikan kelebihan kepada pemain ini. Bukan pemain yang bergasak sangat. Keutamaan adalah kepada game reading dan space marking.
Tidak hairan kalau mulai tahun depan dia akan menjadi pilihan utama Ole Gunnar Solskjaer selepas ini. Sebab memang dia ada kompetensi yang bagus.
Ini juga memberikan kebaikan kepada pasukan dengan ada persaingan di posisi. So, Luke Shaw akan lebih rasa tak selamat kalau tak turunkan berat badan kan?