Brazil 2 Serbia 0: Richarlison Baru Sahaja Melakukan Jaringan Tercantik Piala Dunia 2022 Setakat Ini

Richarlison hampir sahaja terlepas penerbangan ke Qatar kerana kecederaan dialaminya kira kira 2 minggu sebelum sepak mula Piala Dunia 2022.

Namun dia berjaya meyakinkan Tite bahawa dia boleh cergas menjelang aksi pembukaan kumpulan Piala Dunia 2022.

Richarlison menjadi wira negaranya dalam aksi pembukaan menentang Serbia.

Tite menurunkan kesebelasan yang agak ofensif dalam perlawanan ini. Amaran bahawa mereka mahu bermain dengan sistem terbuka.

Selepas kesulitan sepanjang separuh masa pertama, Richarlison akhirnya membuka tirai jaringan dengan gol pertama minit ke-62. Ianya selepas rembatan Vinicius diselamatkan.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-73, Richarlison menjaringkan gol dengan gaya akrobatik. Dia melakukan sepakan gunting sebaik sahaja menerima hantaran Vinicius.

Vincius menolak dengan outside boot beliau ataupun dengan gaya trivella. Richarlison melakukan kawalan sebaiknya sebelum memutarkan badannya untuk melakukan libasan gunting.

Peminat di media sosial menjadi gila membincangkan gol tak masuk akal itu.

Dan sudah tentunya ia adalah gol tercantik dalam Piala Dunia 2022 setakat ini.

Dalam satu perlawanan sahaja, Richarlison kini sudah menyamai rekod gol Ronaldinho di temasya Piala Dunia.

Gol itu jelas sekali memberikan kelegaan kepada Brazil yang sedar bahawa mereka harus waspada dengan lawan yang mereka tentang.

Takut nasib Argentina dan Jerman berulang. Di mana dua pasukan tersebut tewas di tangan pasukan bukan pilihan.

Serbia berada di ranking ke-21 dunia. Sangat cemerlang di peringkat kelayakan. Mengatasi Portugal dalam peringkat kumpulan pada pusingan kelayakan.

Namun menentang Brazil mereka gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat.

Juara dunia 5 kali, Brazil menepati status mereka sebagai pasukan pilihan untuk merangkul koleksi keenam dengan aksi dominan mereka tunjukkan.