BREAKING NEWS: Spurs Dan Bayern Capai Kesepakatan Harga Harry Kane

Spurs dan Bayern Munich dilaporkan baru sahaja mencapai kesepakatan harga Harry Kane.

Sebelum ini 3 bidaan Bayernd ditolak oleh Spurs yang diketuai Daniel Levy dalam urusan ini.

Bayern benar benar terdesak mahukan Harry Kane kerana untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robert Lewandowski beberapa musim lalu.

Kerana mereka tidak memiliki penggempur 20-30 gol semusim pada musim mereka tanpa Lewandowski.

Harry Kane dianggap penyerang sempurna untuk Bayern Munich bagi menguatkan semula Bayern bersaing dalam pentas eropah bersama pasukan elit lain.

Kane sudah lama menyatakan hasratnya mahu menyertai Bayern Munich. Namun Daniel Levy menghalangnya. Dan meminta harga lebih €100 juta untuk pemain yang bakal menjadi ejen bebas musim hadapan.

Bayern memulakan bidaan dengan angka €60 juta yang dianggap terlalu rendah. Bayern datang dengan tawaran sekitar €80 juta selepas itu juga ditolak.

Akhirnya Bayern mengemukakan tawaran lebih €100 juta yang dilaporkan dipersetujui oleh Spurs.

Ianya proses perpindahan serba rumit. Kerana pemain sudah menyatakan dia mahu berpindah. Namun dia tetap menghormati Spurs dan kekal profesional.

Kane kemudian pernah memberikan amaran kepada Bayern, jika kelab Jerman itu tidak berjaya mendapatkannya sebelum perlawanan pertama EPL musim ini, dia tidak menolak kemungkinan akan melanjutkan kontrak dengan Spurs.

Kerana dia ada keyakinan tersendiri ke atas Ange Postecoglu.

Namun keutamaan Kane masih lagi menyertai Bayern Munich pada masa itu.

Kini selepas kedua dua kelab setuju dengan nilai harga Kane. Maka terserah kepada Kane untuk proses seterusnya. Dia akan berunding terma dan syarat peribadi dengan Bayern. Jika dia setuju, maka dia akan ke proses terakhir iaitu medikal sebelum menandatangani kontrak rasmi.

Perpindahan ini pastinya dianggap gila. Kerana ramai yang tak terfikir ianya boleh berlaku sama sekali pada kali ini dengan kepayahan Bayern cuba memujuk Daniel Levy.

Malah lembaga pengarah Spurs sendiri terpaksa campur tangan menyarankan Levy tidak terlalu merumitkan keadaan sebaliknya memudahkan urusan perpindahan ini.

Kane pasti akan dikenang sebagai legenda Spurs dan EPL. Dia berminat menyertai Bayern kerana dia menganggap dia memiliki peluang lebih besar memenangi trofi di sana berbanding di Spurs dan beberapa lagi kelab lain.