Pemain pertahanan baharu Juventus, Gleison Bremer mendedahkan bahawa dia tahu bahawa peminat Torino sangat marah dengan keputusannya menyertai Juventus.
Pemain yang sudah lama berkarier di Turin itu bersama dengan Torino, akhirnya menyertai kelab lebih besar iaitu Juventus. Di mana Juventus menewaskan Inter Milan dalam memenangi persaingan mendapatkan Bremer.
Bremer menjelaskan mengapa dia memilih Juventus : “Saya dan ejen saya bercakap dengan kelab yang berbeza tetapi Juve meyakinkan saya. Memang ia keputusan tepat untuk datang ke sini, kelab yang betul yang sentiasa mahu menang.”
Pertahanan Brazil itu bercakap mengenai penampilan sulungnya dalam liga bersama Sassuolo, yang dijadualkan pada hari Isnin 15 Ogos ini: “Perlawanan persahabatan terakhir menentang Atletico tidak bagus, kami marah. Tetapi ianya tiada 3 mata untuk direbut di sana.”
“Namun akan ada 3 mata untuk direbut pada hari Isnin dan kami bersedia untuk Sassuolo. Scudetto? Juventus sentiasa menyasarkan untuk menang liga.”
Menyertai Juventus dari Turin pastinya akan mengundang kontroversi. Dan Bremer menjawab kritikan yang diterimanya. Dia menjelaskan bahawa: “Juventus adalah kelab yang besar, dan mana mana pemain akan mahu datang ke sini.”
“Peminat Torino menganggap keputusan saya adalah salah, tetapi saya bertanya kepada mereka apa yang akan mereka mahukan jika anak-anak mereka mahu meningkatkan diri [dengan menyertai kelab lebih besar]?”
“Saya mahu sentiasa berkembang dan bertambah baik.”
“Kami tahu bagaimana perasaan peminat yang kecewa, tetapi ini adalah tugas saya. Saya tidak pernah berkata saya tidak akan pergi ke Juve. Juventus adalah pasukan teratas dan adalah perkara biasa dia datang ke sini.”
Gleison Bremer has sent a message to the Juventus fans ahead of the fast approaching 2022/2023 season.https://t.co/DelyOCxzln
— JuveFC (@juvefcdotcom) August 10, 2022
Kemudian, dia menambah: “Selama dua tahun saya sudah mahu menukar pasukan dan berada di tahap ini. Masanya telah tiba. Saya sentiasa paling kritikal dengan diri saya apabila saya salah, saya menonton semula perlawanan untuk melihat di mana silap saya dan memperbaiki diri. Saya perlu meletakkan diri saya dalam keadaan bersedia untuk Juventus “.
Kemudian, Bremer memberi tumpuan kepada nombor jersi yang dipilih oleh Juventus, yang diwarisi daripada Giorgio Chiellini: “Sebelum mengambil nombor 3 saya bercakap dengan Chiellini.”
“Dua tahun lalu saya bercakap dengannya, ketika saya hendak meninggalkan Turin, tetapi saya tidak tahu bila agaknya saya akan melakukannya, datang ke sini. Dia adalah idola bagi saya, dia menyuruh saya mengambil 3 itu tanpa masalah dan yakinlah”.
Pemain Brazil itu kemudiannya menggariskan bagaimana dia masih mahu meningkat naik: “Saya antara yang terbaik di Itali, tetapi saya masih perlu banyak peningkatan. Saya perlu menyesuaikan diri dengan sistem pertahanan 4 pemain. Dan ia akan menjadi sukar, tetapi saya yakin akan berjaya melakukannya.”
“Apabila anda seorang pemain profesional, anda perlu dapat menyesuaikan diri antara pertahanan pada berempat dan pertahanan bertiga. Saya cuba mengambil langkah dan saya akan melakukan yang terbaik.”
Dia bertekad untuk menjadi lebih baik, sambil sentiasa mengimpikan panggilan kebangsaan bersama Brazil: “Juve mempunyai beberapa pemain Brazil dan ini akan membantu saya menyertai pasukan kebangsaan. Bukan mudah untuk menyertai skuad tersebut, tetapi saya telah meningkat. Tahun lepas saya mempunyai musim yang baik dan saya akan cuba untuk meningkatkannya lagi.”
“Piala Dunia? Memilih Juve, antara sebabnya adalah kerana saya juga memikirkan perkara ini, bermain di sini bukan mudah tetapi ia adalah pasukan yang terkenal di dunia. Ia tidak akan mudah, tetapi idea untuk dapat berada dalam pasukan kebangsaan memberi saya lebih keyakinan dalam memilih Juve “.
Kemudian, Bremer bercakap tentang Bonucci , rakan sepasukan dan kaptennya: “Bonucci telah lama berada di sini, dia mengalu-alukan saya dengan baik dan memberi saya banyak nasihat untuk diperbaiki”.