Brendan Gan: Jeneral Yang Memimpin Malaysia Menumbangkan Gajah Perang

Pemain yang dikenali dengan etika dalam padang. Tak kenal erti putus asa dan sentiasa mengerah segala kudrat. Bak kata orang, takde nak simpan simpan.

Malam ni adalah aksi yang hebat dipamerkan oleh Brendan Gan.

Malaysia ketinggalan di hadapan pada minit ke-7 lagi. Malaysia kemudian menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Di sebalik kebangkitan itu, nama Brendan Gan antara yang menjadi fokus. Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah juga kepada semua pemain yang lain. Memang semua telah buat terbaik nak dapatkan balik game ni.

Brendan Gan merupakan petarung 2 kali ACL. Bukan semua pemain boleh bangkit untuk terus bermain di peringkat tertinggi selepas terkena 1 ACL. Inikan pula 2 ACL.

Beliau tak pernah luntur semangat untuk kembali berbakti kepada pasukan kebangsaan Malaysia.

Pernah saya nukilkan kisah itu dahulu dan ia mendapat reaksi sendiri daripada Brendan Gan yang terharu apabila kisahnya dibaca ratusan ribu penyokong bola sepak Malaysia.

Gan sentiasa menjadi pemain yang dikagumi kawan dan lawan. Beliau sentiasa memberikan 110% di atas padang.

Gan datang ke kem kebangsaan, hanya beberapa hari selepas kelahiran anaknya. Malam yang sempurna untuk beliau meraikan gol dengan gaya baby yang menghisap ibu jari.

Terima kasih kepada isteri kamu Gan yang membenarkan kamu berbakti untuk Malaysia, kerana kami sangat memerlukan kamu.

Gol pertama adalah perkara yang biasa kita lihat. Dia akan cuba akses ke dalam kotak penalti. Itu bukan hanya dilakukan dia malam ni. Banyak kali.

Gan ada naluri poaching yang baik kerana dahulu kariernya di Australia adalah penyerang kedua dan posisi ofensif.

Dia terus berlari dan anticipate the action serta percaya kepada rakannya akan melakukan sesuatu. Sebab itulah gol itu lebih daripada sekadar tap in goal.

Malaysia dalam keadaan ketinggalan 1 gol.

Seterusnya gol kedua adalah bermula daripada Gan yang berusaha mematikan gerakan Teerasil Dangda dengan satu bentesan dari tepi. Bukan mudah nak buat tu.

Gan kemudian mencetuskan fast break attack dan menghantar kepada rakannya.

Gan menunggu di zon 14 dan memberikan sokongan di depth area. Ini untuk membentuk talian (link) dengan pemain di hadapan.

Bola sampai ke kakinya dan Gan dengan bijak melakukan airborne through pass. Cucuk dan visinya melihat larian kecil dilakukan Sumareh.

Sumareh tidak perlu melakukan banyak benda pun. Gan sudah menyiapkannya dengan satu makanan yang sangat sedap, tinggal dia nak masukkan sahaja.

Disambar Sumareh gol itu dan Malaysia kini mendahului pasukan lawan.

Gan tidak berakhir di situ. Semangatnya daripada minit pertama terus membara. Terlihat dalam setiap ‘grass’ di atas padang. Membuktikan bahawa beliau adalah box to box sejati.

Beliau juga hampir menjaringkan gol kedua peribadi menerusi satu percubaan terakhir beliau.

Malaysia menang ke atas Thailand selepas sekian lamanya. Tahniah kepada Malaysia.

Jeneral Gan menjadi kepala yang membawa soldadu menewaskan Gajah Perang.

Gan terlibat dalam 2 gol secara langsung.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi