Brentford dilaporkan tidak mahu menjual Ivan Toney pada Januari ini dan berusaha untuk mengekalkan pemain itu.
Brentford mendapat tahu bahawa ada beberapa kelab termasuk dari England sedang memantau pemain itu. Chelsea dan Arsenal dilaporkan antara 2 pasukan yang mahukan pemain itu.
Walaupun misi utama kelab Brentford adalah untuk mengekalkan Ivan Toney, namun mereka akan sedia mendengar tawaran sekitar £100 juta untuk pemain itu.
Angka itu sahaja yang membuatkan pemain itu boleh pergi pada Januari akan datang.
Ivan Toney yang masih dalam tempoh penggantungan 8 bulan kerana kesalahan berjudi, akan tamat penggantungan pada 16 Januari akan datang.
Dan ianya adalah di tengah tengah jendela perpindahan separuh musim. Jadi ramai merasakan bahawa Toney akan pergi ke kelab lebih besar selepas ini.
Sebelum ini ada kelab yang memang berminat mendapatkannya namun terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana Toney pada masa itu sedang dalam proses pebicaraan kes judi.
Musim lalu lagi, pengurus Thomas Frank berkata bahawa pemain mereka itu bernilai sekurang kurangnya £100 juta. Ketika itu Chelsea dikatakan berminat mendapatkan pemain tersebut.
Thomas Frank berkata: “£100 juta atau lebih? Adakah kamu sanggup membayar penyerang yang menjanjikan kamu lebih 20 gol semusim? Dan 20 gol yang dia buat ini adalah ketika bersama skuad mid-table, bukan kelab yang sarat kualiti. Jadi, cuba kamu bayangkan apa yang dia boleh lakukan jika bermain dengan kelab lebih besar.”
Kali ini Brentford kekal dengan penilaian yang sama ke atas pemain itu. Walaupun dia sudah lama tidak beraksi musim ini.
Chelsea masih antara kelab yang berminat. Dan adakah mereka sedia membayar £100 juta untuk Toney selepas membayar angka yang sama untuk Enzo Fernandez dan Moises Caicedo sebelum ini?
💰💰
Brentford have slapped a £100 MILLION price tag on England striker Ivan Toney amid interest from Arsenal and Chelsea ✍️ pic.twitter.com/Cnx9deegns
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 1, 2023
Bagi Arsenal, Arteta sudah lama meminati Ivan Toney. Namun ianya memerlukan Arteta mendapat sokongan kuat sekali lagi untuk meminta pemilik kelab mengeluarkan £100 juta untuk seorang pemain selepas membeli Declan Rice dengan nilai £105 juta.
Situasi di Arsenal mungkin tidak seperti di Chelsea. Kerana Arsenal memiliki ramai pemain yang mampu menjaringkan gol.