Brian Laudrup: Bagaimana Denmark Menjulang Piala Eropah 1992

Kemaraan Denmark mara ke peringkat separuh akhir EURO 2020 menghampiri kisah kejayaan yang dicapai oleh mereka pada tahun 1992.

Ia menjadi kisah pasukan underdog paling diingati di kejohanan itu.

Denmark dijemput untuk menggantikan Yugoslavia pada saat akhir kemudian muncul juara apabila menumbangkan Jerman 2-0 pada perlawanan akhir.

Hanya mempunyai masa 10 hari

Ketika dijemput Denmark hanya mempunyai masa 10 hari untuk mempersiapkan pasukan untuk menghadapai kejohanan terbesar eropah.

Akibat kekurangan masa maka tidak mengejutkan Denmark hanya mampu seri tanpa jaringan ketika menentang England pada perlawanan pertamannya.

Denmark kemudiannya tewas kepada pasukan tuan rumah Sweden 0-1 pada perlawanan kedua.

Pada ketika itu Sweden berada dalam fasa terbaik kerana memiliki bakat besar eropah Thomas Brolin.

Denmark perlu menewaskan jaguh eropah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan iaitu Perancis.

Perancis dikuatkan dengan nama besar seperti Eric Cantona dan Jean Pierra Papin.

Brian Laudrup berkata pada ketika itu mereka tidak mempunyai pilihan lagi kecuali menewaskan Perancis.

Dia juga berkata jika mereka boleh menjaringkan gol pada awal permainan ia bakal menjadi sesuatu yang luar biasa.

Jaring gol awal

Perkara itu benar-benar berlaku apabila Henrik Larsen membuka jaringan seawal minit ke-8.

Ia mengejutkan Perancis dan memberi kepercayaan kepada para pemain Denmark yang mereka boleh melakukan keajaiban.

Menurut Laudrup situasi itu secara keseluruhannya mengubah rentak Denmark.

Laudrup dikeluarkan dan digantikan dengan Lars Elstrup dan pemain ini menjaringkan gol kemenangan buat Denmark.

Denmark menang 2-1 dan mara ke peringkat separuh akhir bertemu dengan pasukan Belanda.

Belanda merupakan pasukan fenomena yang dibarisi Frank Rijkaard, Marco Van Basten, Dennis Bergkamp dan ramai lagi bintang.

Denmark turun sebagai pasukan underdog tetapi menyimpan cita-cita untuk memberi saingan sekuat mungkin.

Menurut Laudrup Belanda pasti akan berfikir Denmark akan bermain secara bertahan dan hanya melancarkan serangan counter attack.

Namun Denmark tampil dengan permainan menyerang dan melakukan tekanan kuat di bahagian atas.

Selepas 5 minit, Laudrup mendapat bola di bahagian kanan dan bermain disisi garisan sebelum melakukan hantaran lintang. Larson berjaya mendapat umpanan tersebut dan menjaringkan gol.

Laudrup sedar ia bukan tugas mudah untuk bermain secara bertahan ketika pemainan berbaki 85 minit bagi mengekalkan pendahuluan tersebut.

Denmark bermain seperti biasa tetapi sedar Belanda terlalu kuat dan sering mencipta peluang.

Dennis Berkamp pantas menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-23.

Sebelum babak pertama tamat Larson sekali lagi menjaringkan gol pendahuluan untuk Denmark dan ia memberi semula keyakinan Denmark.

Sekali lagi Belanda menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki 4 minit. Laundrup terfikir ‘okay, setakat itu sahaja.’

Laudrup berkata jika mereka berjaya mengheret perlawnanan ke penentuan sepakan penalti mereka percaya Peter Schmeichel boleh melakukan sesuatu selain pemain lain perlu menjaringkan gol.

Denmark berjaya menamatkan permainan 120 minit dengan keputusan terikat 2-2.

Schmeichel muncul wira Denmark apabila menggagalkan sepakan Marco Van Basten dan semua 5 pemain Denmark menyempurnakan sepakan tersebut.

Denmark dijadualkan bertemu Jerman di Gothenburg dan ia merupakan final pertama dalam sejarah Denmark.

Denmark 2 Jerman 0

Laudrup yakin dengan kemampuan yang dimiliki pasukannya.

“Jika kami mampu kalahkan Perancis dan Belanda, kenapa tidak Jerman.”

Pada masa yang sama Denmark mempunyai ramai pemain yang cedera dan tidak cergas.

Laudrup juga berkata dia juga tidak berada di prestasi terbaiknya 2-3 bulan sebelum EURO bermula.

Sebelum sepak mula dimulakan Laudrup berkata,

“Jika kita tewas dalam perlawanan ini dimana semua orang menjangkakan kita akan kalah di tangan Jerman, kami akan berkata kepada diri sendiri dan berkata kami sudah membuatkan diri dan negara kita bangga.”

Dalam perlawanan tersebut Laundrup berkata para pemain tidak mempunyai tenaga tetapi mempunyai semangat tinggi untuk bermain di final.

Sebelum final, pemain Denmark, John Jensen melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol lawan namun tidak pernah menghasilkan sebarang gol.

Laudrup berfikir jika dia mendapat bola maka lupakan saja (tak akan jadi gol).

Tetapi Jensen berjaya menjaringkan gol pendahuluan dan ia memberi tenaga luar biasa kepada pemain lain.

Laudrup merasakan ia mungkin bukan permainan terbaik sepanjang hidup mereka namun mula yakin jika pasukan boleh bertahan dengan baik, Denmark akan muncul sebagai juara.

Kim Vilfort

Kemudiannya Kim Vilfort menambah jaringan ke-2 Denmark pada minit ke-78. Sehingga hari ini Vilfort diangkat menjadi hero Denmark kerana jaringan itu.

Laudrup berkata selepas jaringan itu, pemain Jerman sudah menyerah kalah. 2 bolos tersebut terlalu buruk bagi mereka.

Laudrup percaya Denmark mempunyai banyak tuah sementara itu tidak untuk Jerman.

“Mereka bermain jauh lebih baik dari kami tetapi Schmeichel berada di prestasi luar biasa.”

Dalam perlawanan tersebut Schmeichel melakukan aksi penyelamat dengan hanya satu tangan yang kemudiannya diingati sehingga hari ini.

Dia juga melakukan beberapa kali perkara yang sama ketika bersama Manchester United.

Apabila Denmark kembali ke tanah airnya bersama Piala Eropah, suasana agak ‘gila’.

Ia merupakan pencapaian yang unik kerana Denmark tidak bersedia bermain di pusingan akhir.

Denmark hanya mempunyai masa kurang 2 minggu untuk menyediakan pasukan untuk bertemu jaguh-jaguh besar eropah.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil