Brighton Beritahu Chelsea Untuk Bayar €86 Juta Untuk Caicedo

Chelsea terus berusaha mendapatkan bakat dari Brighton. Sebelum ini mereka sudah mendapatkan Cucurella dan kemudian pengurus Graham Potter.

Kini Chelsea sedia mendapatkan Moises Caicedo pada Januari.

Namun Brighton memberitahu Chelsea bahawa mereka tidak berminat menjual mana mana pemain mereka pada Januari. Kecuali Chelsea membayar €86 Juta untuk pemain itu.

Chelsea baru sahaja mendapatkan Mudryk dengan pakej keseluruhan termasuk bonus yang mencecah €100 juta.

Chelsea memiliki hubungan yang sangat baik dengan Brighton sejak akhir akhir ini.

Kelab London itu dijangka akan cuba ‘test market’ dengan bidaan sekitar €74 juta untuk pemain tersebut.

Graham Potter memainkan peranan penting dalam usaha ini. Pihak Brighton sendiri sedar bahawa pemain itu kemungkinan besar akan tertarik untuk berpindah dan bergabung semula dengan Potter.

Situasi Caicedo dianggap agak rumit. Brighton enggan melepaskan pemain itu pada Januari. Dan pemain itu baru sahaja menukar ejennya. Ianya pasti akan membuatkan beberapa prosedur rundingan akan menjadi lebih panjang.

Namun jika Chelsea dan Potter bersabar, mereka ada peluang lebih baik untuk mendapatkan pemain itu untuk musim hadapan.

Caicedo merupakan pemain penting Brighton. Dan dia juga menjadi sasaran beberapa kelab besar eropah yang lain.

Liverpool antara pasukan yang pernah memantau bakat tersebut ketika dia masih di Independiente del Valle. Namun tidak menandatanganinya kerana banyak karenah birokrasi dan sikap ejen Caicedo sebelum ini yang dianggap tidak membantu melincinkan urusan dan rundingan.

Chelsea sejak pemilikan Boehly sudah mendapatkan ramai pemain. Mereka membelanjakan sekitar GBP450 juta dalam enam bulan pertama pemilikannya.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana Chelsea boleh terlepas daripada FFP.

Anda mungkin boleh baca di sini:

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari