Amy Lee (vokalis Evanescence) berkongsi kisah beliau tentang lagu hits Bring Me To Life. Pada 22 April 2003, single pertama Evanescence Bring Me To Life telah memperkenalkan band ini ke mata dunia.
Lagu tersebut merupakan lagu soundtrack Daredevil. Dan ia sangat cepat menawan carta muzik di seluruh dunia.
Dari Restoran ke seluruh dunia
Ianya diilhamkan oleh pertemuan mereka sebuah restoran. Siapa sangka lagu itu akan mengubah kehidupan penyanyi band pimpinan Amy Lee ini jauh berbeza daripada sebelumnya.
Amy berkata: “Lagu ini sebenarnya tentang suami saya yang sekarang. Ketika saya menulis lagu itu saya dalam keadaan perhubungan yang sangat teruk.”
“Ketika saya berjumpa dengan Josh [Hartzler] saya ingat saya sudah boleh agak sebaiknya keadaan saya dalam masalah.”
“Mamat ni [Josh] pula bukanlah orang yang saya kenal sangat tapi saya sangat sukakan dia.”
“Ketika itu kami duduk di restoran dan dia menatap tepat ke arah mata saya. Lalu dia bertanya: ‘Kau ok ke sekarang ni?’.”
“Tiba tiba saya rasa diri saya sangat terdedah. Namun dalam pada masa yang sama saya juga berasa lega dengan apa yang dia lakukan.”
“Ianya seperti dia dapat melihat diri saya menerusi mata saya.”
“‘How can you see into my eyes like open doors?’”
“Ketika lagu itu menjadi sangat popular, saya terus terang katakan kami semua tidak bersedia dengan keadaan ketika itu.”
“Kami sekumpulan melalui banyak suka duka bersama-sama. Ianya ibarat satu putaran roda di mana ketika itu kami berada di atas selepas berada di bawah.”
“Setiap kumpulan itu pasti akan ada masa-masa yang tidak baik di mana berlaku sedikit pergolakan. Namun bagi saya perkara itu biasa berlaku pada mana-mana kumpulan sekalipun.”
“Paling saya tidak boleh percaya, kami merakamkan lagu itu di studio yang sebenar dan kemudian beberapa bulan selepas itu tercalon untuk Grammy.”
“Kami sangat gembira ketika itu dan pada masa itu saya baru berusia 21 tahun. Namun untuk perkara seperti itu ianya tidak ada kaitan langsung dengan berapa umur kamu.”
“Apa yang berlaku, saya menghadapi kesulitan untuk mengubah rutin kehidupan harian saya untuk satu perubahan yang sangat besar dalam hidup saya.”
Versi Asli Tiada Rap
Amy Lee berkongsi bahawa, versi asli lagu tersebut sebenarnya tiada part rap, melibatkan Paul McCoy.
Korang boleh layan versi asli yang dikeluarkan dalam album keempat mereka Synthesis.
“Pada awalnya kami tidak mahu ada rapper dalam lagu itu. Itulah perancangan asalnya. Pada masa yang sama kami tidak mahu lagu itu menjadi lagu Nu Metal.”
“Saya sangat sensitif dengan perkara itu kerana saya menulis setiap liriknya dengan sangat teliti.”
“Tuhan memberkati rapper, ianya telah menjadi satu bahagian penting yang melonjakkan kami ke corong radio di seluruh dunia, rasanya.”
“Memang rap itu bukan idea asal kami, namun kami terpaksa berkompromi dalam banyak perkara.”
“Jadi sekarang, apabila berjaya mengeluarkan sendiri versi asal, saya rasa sangat gembira.”
Mahu mengelak Nu Metal
Alasan utama Evanescence tidak mahu ada versi rap dalam lagu Bring Me To Life adalah kerana mahu mengelak daripada label Nu Metal.
“Ya, kami kami nak mengelak daripada Nu Metal. Kami risau ia akan merosakkan penjenamaan kami. Kami mahu dikenali dengan gaya kumpulan metal. Bermain dengan cara lebih klasik.”
“Kamu harus melakukan yang terbaik untuk lagu pertama kamu. Kerana kamu tidak mahu memberikan peminat kamu idea palsu untuk mereka beli.”
“Perkara perkara seperti ini yang membuatkan kami sangat teliti dalam kerja kami.”
“Kesemua artis yang saya minat mereka adalah berbeza dan unik daripada yang lain. Mereka bukannya versi tiruan, tetapi mereka adalah sangat asli.”
“Dan saya rasa perkara seperti itu yang membuatkan kami unik dan membuatkan kami boleh menjadi hebat.”
“Namun untuk permulaannya, ideanya sangat berbeza daripada yang sepatutnya. Mereka mahukan sesuatu yang lebih selamat untuk dikeluarkan. Mereka mahu sesuatu yang sudah dikeluarkan oleh beberapa artis sebelum ini dan berjaya.”
Evanescence kekal dengan idea
Selepas kejayaan Bring Me To Life, ramai yang merasakan Evanescence harus kekal dengan bunyian ala Nu Metal. Tetapi mereka tak nak. Dan akhirnya kembali kepada idea asal mereka.
Lantas, ada yang menganggap usaha mereka itu akan gagal kerana orang sudah terdengar mereka menyanyi dengan ada unsur rap.
Evanescence ternyata membuktikan pengkritik salah dan mereka berjaya menawan dunia dengan cara mereka tersendiri.
“Jadi ianya satu perasaan yang sangat hebat apabila dapat membuktikan mereka salah. Dan kami berjaya menghasilkan satu lagu hits nombor satu.”
“Mereka mula berkata bahawa kami akan One hit wonder jika berkeras dengan idea kami.”
“Sekarang, semuanya dah ok. Dan kami terus terus ‘hidup’ selepas itu. Selepas mengeluarkan lagu pertama, kami berjaya dengan single kedua, Going Under.”
“Dan kemudiannya, kami terus menikmati kejayaan My Immortal. Kami seperti: Ok phew, ianya berjaya!”