Britain Halang Pelumba Trans Sertai Acara Wanita Yang Turut Disertai Laura Kenny

Pelumba basikal transjantina, Emily Bridges telah dihalang daripada menyertai acara wanita. Dia tidak dibernarkan bertanding sama sekali dalam kejihanan British National Omnium Championship bagi kategori wanita.

Pelumba berusia 21 tahun itu menyatakan dia terkejut dan kecewa kerana dilarang bertanding dengan jaguh berbasikal Britain yang lain termasuk legenda hidup Laura Kenny. Nama Laura Kenny memang sangat gah. Dia merupakan pemenang 5 emas sukan Olimpik acara berbasikal.

Penyertaan Bridge ditolak oleh persatuan berbasikal Britain. Seterusnya Union Cycliste Internationale (UCI) menegaskan bahawa Bridges masih boleh bertanding dalam acara lelaki jika dia masih mahu terus bertanding.

Ini kerana namanya masih ada dalam senarai pelumba lelaki yang berdaftar.

CAKKK!

Bridges dijangka akan mengemukakan bantahan ke atas penganjur. Ini selepas dia menyatakan bahawa dia sudah mengurangkan kadar testosterone dalam badannya menerusi kaedah terapi intensif bermula tahun lalu.

Dia yakin dia memiliki kadar testosterone yang rendah sesuai dengan syarat yang ditetapkan.

Namun menurut UCI pula, Bridges tidak boleh bertanding kerana dia masih berdaftar sebagai pelumba lelaki. Dan dia hanya boleh memohon berlumba dalam cara wanita apabila pendaftarannya sebagai pelumba lelaki luput [expires]. Aku yang menulis benda ni pun pening.

Kenyataan pihak panitia pertandingan beprestij di Britain itu berkata: “Kami sudah dimaklumkan oleh UCL bahawa, di bawah garis panduan terkini, Emily tidak dibenarkan bertanding dalam acara wanita.”

“Kami telah mengadakan perbincangan terperinci dengan UCL berkenaan dengan status penyertaan Emily pada minggu ini. Dan kami juga berhubung rapat dengan Emily dan keluarganya berkaitan dengan perubahan jantina dan penyertaannya dalam acara elit,” tegas Persatuan Berbasikal Britain.

“Kami sudah dimaklumkan tentang keputusan UCL berkaitan dengan penyertaan Emily. Namun kami sedar sepenuhnya kekecewaannya berkenaan dengan keputusan UCI pada hari ini.”

“Penyertaan transjantina ataupun non-binari lebih besar daripada sesutu kejohanan dan atlet – ini [mengendalikan penyertaan mereka] menjadi cabaran dalam sukan elit ketika ini.”

Ramai yang menuduh Persatuan Berbasikal Britain sebenarnya bersikap pilih kasih dan cuba melindungi pelumba seperti Laura Kenny dan beberapa pelumba wanita elit Britain yang lain yang mengancam akan menarik diri daripada pertandingan jika Bridges dibenarkan bertanding.

Ini kerana dia selama ini bertanding dalam acara lelaki sehinggalah minggu lepas dia menukar status jantinanya.

Namun nama pelumba wanita yang mahu menarik diri itu tidak didedahkan. Ye la, sebab nama besar kan. Kalau nama nama kecik je, korang rasa penganjur ni ambil peduli ke? Sebab peraturan IOC sekarang ini sudah membenarkan atlet tukar jantina ini bertanding jika kadar testosterone mereka rendah.

BACA JUGA ARTIKEL: Jason-Laura Kenny Kini Pasangan Suami Isteri Paling Berjaya Di Olimpik Dan Team GB

Pasukan Britain telah menikmati Olimpik cemerlang mereka di Tokyo. Dan pada hari terakhir, pasangan suami isteri, Jason Kenny dan Laura Kenny menambah lagi pingat untuk Team GB.

Pasangan suami isteri ini kini menjadi atlet lelaki dan wanita yang paling cemerlang untuk pasukan Britain.

Britain terus menguasai acara velodrome di Sukan Olimpik. Laura Kennyy dan gandingannya, Katie Archibald berjaya memenangi emas dalam acara madison wanita yang pertama kalinya dipertandingan di Olimpik.

Kejayaan itu menyaksikan Laura Kenny meraih emas kelima dalam acara basikal olimpik dan sekaligus memahatkan namanya sebagai wanita British pertama memenangi emas dalam 3 temasya Olimpik berturut turut.

Seterusnya suaminya, Jason Kenny memang nama yang gah di Britain dan di pentas dunia. Beliau berjaya memenangi acara keirin final menewaskan Azizulhasni dengan cara yang sangat luar biasa.

https://twitter.com/meikheiliew/status/1424213266113318915

Emas tersebut merupakan yang ketujuh dalam karier Olimpik Jason Kenny. Dan lebih manis, beliau sekali lagi berkongsi detik emas bersama isterinya.

Kejayaan itu juga membolehkan Jason Kenny menjadi atlet lelaki Britain yang paling berjaya dalam sejarah olimpik. Beliau juga ada 2 pingat perak sebagai tambahan.

Bukan semua orang ada peluang menjadi seperti suami isteri ini. Meraikan detik emas bersama sama di dalam satu venue. Terutama sekali di peringkat olimpik.

Laura Kenny turut berjaya mengikut jejak langkah suaminya untuk menjadi atlet wanita paling berjaya di Olimpik untuk Team GB dengan kejayaan emas di acara madison.

Kejayaan itu menyaksikan Laura kini sudah ada enam pingat olimpik, sebaris dengan atlet ekuestrian Charlotte Dujardin. Namun dia berada di atas Charlotte kerana ada 5 emas berbanding 3 oleh Charlotte.

Secara keseluruhannya, pasangan Kenny ini berjaya menyumabngkan 15 pingat olimpik kepada Britain sepanjang karier mereka. Jason memenangi emas pertamanya di Beijing 2008 dalam acara sprint berpasukan lelaki. Dia turut memenangi perak dalam acara sprint individu.

Laura melakukan debutnya pada 2012 di Olimpik London dan membawa pulang 2 emas dalam penampilan sulungnya. Seperti suaminya, Laura turut cemerlang dalam acara berpasukan.

London 2012 juga menjadi temasya yang cemerlang buat Jason. Di mana beliau bukan sahaja mempertahankan emas dalam acaram sprint berpasukan tetapi turut memenangi emas dalam acara sprint individu.

Dan di Olimpik Rio, Jason Kenny memenangi emas pertama dalam acara keirin dalam kariernya.

Pasangan Kenny ini tidak menoleh ke belakang langsung. Dan di Tokyo medua dua mereka masing masing meraih 2 pingat lagi. Bukan sahaja menjadi atlet wanita dan lelaki paling berjaya di Olimpik untuk TEAM GB, malah Jason dan Laura menjadi pasangan suami isteri yang paling berjaya di arena olimpik setakat ini.

 

Baca yang lain