Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mendedahkan terdapat lapan pemain badminton Indonesia yang telah kantoi terlibat dalam skandal mengatur perlawanan. Perkara itu diumumkan oleh BWF menerusi laman rasminyaa.
BWF juga menambah bahawa pemain-pemain ini saling mengenali antara satu sama lain dan bersaing dalam acara peringkat bawahan di pertandinga antarabangsa – yang sebahagian besarnya berlangsung di Asia sehingga 2019.
Mereka telah terbukti melanggar peraturan integriti BWF mengenai penetapan keputusan perlawanan, memanipulasi perlawanan dan perjudian dalam badminton.
Mereka kini telah dikenakan hukuman berat. Tiga daripadanya menrima hukuman paling berat iaitu dilarang melakukan aktiviti badminton seumur hidup.
Lima pemain lain digantung selama enam hingga 12 tahun dan masing-masing didenda antara U$D3,000 hingga U$D 12,000.
Sebelum ini, Broto Happy selaku Ketua Perhubungan Awam dan Media PP PBSI mengutuk keras tuduhan yang secara tak langsung ditujukan kepada PBSI.
Broto tidak mahu mengklaim 8 pemain tersebut. Kerana menurut Broto, kesemua 8 pemain tersebut tidak ada dalam senarai pemain di latihan pusat / PELATNAS yang diadakan oleh PBSI.
“Bagi PBSI, mungkin saya dapat mewakilinya (dalam memberikan kenyataan). Pada hakikatnya, kami sangat mengutuk tuduhan haram itu. Walaupun semuanya disyaki terlibat, tidak ada pemain yang berada di Pelatnas,” kata Broto kepada Detik Sports.
Pernyataan PP PBSI.
Menyikapi berita dari BWF yang menyebutkan bahwa 8 (delapan) pebulutangkis Indonesia terlibat dalam tindakan pengaturan skor atau tindakan ilegal lainnya, di antanya mengatur pertandingan dengan sengaja mengalah, memanipulasi hasil pertandingan dsb. pic.twitter.com/T5p9dOGvGS
— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) January 8, 2021
“Tidak, tidak ada pemain yang menduduki Pelatnas Nasional. Saya sudah memeriksa rekod mereka, sama ada di masa lalu atau sekarang,” tegasnya lagi.
BWF juga memberi kesempatan kepada lapan pemain badminton Indonesia yang tersabit dengan kesalahan itu untuk mengemukakan rayuan ataupun mencabar tuduhan tersebut.
PBSI buat masa ini hanya memerhatikan perkembangan tersebut. Yang pasti Broto kurang happy kali ini jika hukuman itu juga turut melibatkan PBSI.
“Saya tidak tahu apa status hukuman mereka. Sama ada mereka ianya kesalahan atas mereka sendiri atau mewakili (PBSI).”
“Saya belum tahu, ia harus ditanya kepada jabatan undang-undang mengenai kedudukan undang-undang mereka. ”
“Kami mungkin masih menunggu bagaimana perkembangannya. Kerana pemain-pemain ini berada di luar Pelatnas, jika penduduk Pelatnas jelas peraturannya, “kata Broto Happy.
Berikut adalah lapan pemain badminton Indonesia yang telah dikenakan tindakan oleh BWF dalam kes mengatur perlawanan:
1. Hendra Tandjaya
2. Ivandi Danang
3. Androw Yunanto
4. Sekartaji Putri
5. Mia Mawarti
6. Fadilla Afni
7. Aditiya Dwiantoro
8. Agripinna Prima Rahmanto Putra
Pada 2018, dua orang pemain Malaysia juga dituduh terlibat dengan skandal mengatur perlawanan serta melibatkan perjudian.
Salah seorang daripadanya ialah Zulfadzli Zulkifli. Gaya hidup Zulfadzli yang mewah meskipun tidak menjuarai kejuaraan besar ataupun sumber pendapatan lain yang besar membuatkan BWF meragui perkara itu.
Zulfadzli dikatakan hidup dengan cara hidup mewah dan memiliki sebuah kereta mewah Marcedez Benz. Chromax juga melaporkan yang tahun lalu, pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus dan Kim Astrup dihampiri oleh seseorang yang mahu mengatur perlawanan pada Terbuka Jepun 2014.