Jika sebelum ini Manchester United terlalu bersungguh-sungguh mencari Cristiano Ronaldo yang baharu.
Boleh dikatakan mereka telah berbelanja agak besar untuk mendapatkan seorang pemain penyerang sayap, dari Memphis Depay, Angel Di Maria sehinggalah ke pemburuan Gareth Bale.
Namun bola sepak ini tak seperti itu. Ada kalanya kita kena akui bahawa, pemain seperti Ronaldo tidak akan muncul lagi semudah disangka.
Malah, jika Ronaldo kembali semula bermain sekalipun bersama United ketika dia prime, dan bermain di bawah kendalian pengurus selain Sir Alex Ferguson, impak dia pun mungkin berbeza.
Kekuatan Man United dari dahulu lagi sentiasa terletak kepada kekuatan berpasukan.
Unutuk membentuk pasukan yang mantap anda memerlukan asas/foundation bahagian tengah yang kuat.
Tanpa unit tengah seperti Scholes, Carrick, Park Ji Sung dan beberapa pemain tengah lain, Ronaldo tidak akan ada kebebasan yang tinggi di atas padang untuk sentiasa menyerang.
Lalu Ole Gunnar Solskjaer telah memburu Bruno Fernandes sebagai salah satu sasaran utama beliau sejak hari pertama di United.
Ini kerana beliau sudah memiliki pemain yang bagus seperti Rashford dan Martial. Jadi tak perlu terlalu try hard nak mendapatkan pemain seperti Gareth Bale mahupun winger lain seperti Paulo Dybala.
Kejayaan mendapatkan Fernandes membuatkan United kini memiliki asas yang baik di bahagian tengah.
Orang akhirnya lupa bahawa United tidak mendapatkan pemain serangan ala Ronaldo pada jendela perpindahan sebelum ini.
Pentingnya bahagian tengah
Jose Mourinho pernah menegaskan, kekuatan sesebuah pasukan itu sangat bergantung kepada tengah yang stabil.
Oleh sebab itu satu ketika dahulu United sangat kuat dengan adanya pemain tengah yang bagus. Walaupun mereka menurunkan pemain dari pasukan kedua di bahagian sayap ataupun serangan.
Itulah sebabnya Mourinho berusaha sedaya upaya mendapatkan Makelele satu ketika dahulu.
United lebih menjadi pasukan
Dengan kembalinya Paul Pogba ke dalam pasukan. Ianya akan menjadi satu ‘masalah’ baharu untuk Ole.
Masalah yang saya maksudkan di sini adalah kerja rumah untuk mencari formula menggandingkan 2 pemain itu di tengah.
Paul Scholes menegaskan bahawa, Bruno Fernandes lebih kepada no.10 di dalam skuad United.
Jadi, beliau mungkin akan menjadi lebih advance daripada Pogba jika pemain itu kembali.
Amatlah penting untuk Pogba membuang egonya menerima bahawa, beliau terpaksa bermain di bawah sistem berasaskan Bruno Fernandes.
Pogba sudah semakin matang. Dan sepatutnya tiada isu untuk beliau terlalu terbuka menyatakan beliau tak sukakan sesuatu peranan seperti sebelum ini – ketika di bawah Mourinho.
Kehilangan Pogba bukan lagi satu masalah terlalu besar untuk United ketika ini — seperti sebelum ini.
Beliau masih pemain yang penting. Namun United tidak akan terlalu kucar kacir tanpa Pogba.
Ini bukti United berada di landasan yang tepat. Saya sentiasa risau dengan pasukan yang agak one man team terutama sekali di bahagian tengah.
Pasukan yang baik itu sepatutnya dapat mengatasi impak kehilangan pemain utama.
Rumusan
Harus diakui polisi perpindahan di bawah Ole Gunnar Solskjaer adalah lebih baik walaupun ada pemain yang agak overpriced.
Beberapa pembelian beliau berjaya memberikan impak termasuk Harry Maguire, Wan Bissaka yang terus menjadi pemain utama.
Daniel James juga berjaya menyesuaikan diri dengan cepat walaupun finishing dia kena polish lagi.
Bruno Fernandes paling cepat. Serta hanya satu latihan tetapi terus memberikan impak seperti sudah bermain bertahun dengan pasukan United.
Setiap pemain itu ada gaya permainan mereka tersendiri yang unik. Jadi, maksimumkan potensi mereka daripada memberikan tekanan kepada mereka untuk menjadi seperti Ronaldo.