Bruno Fernandes: Daripada Buangan Akademi Kepada Maestro Membangkitkan Man United

Bruno Fernandes merupakan pemain yang dikenali semua. Beliau merupakan pemain kebangsaan Portugal dan kini beraksi bersama dengan salah sebuah kelab terbesar di dunia iaitu Manchester United.

Pemain akademi yang gagal

Tidak pasti apa sebenarnya yang membuatkan beliau gagal di mata kelab lamanya Boavista di Portugal.

Bruno menyertai mereka dari muda, di peringkat akademi. Apabila usianya semakin dewasa, Bruno Fernandes diberitahu bahawa beliau tidak layak untuk diserap masuk ke pasukan senior.

Bruno tidak pasti kenapa beliau gagal untuk menambat hati kelabnya itu. Luluh dan remuk hati Bruno Fernandes ketika itu.

Bruno Fernandes mendapat tahu Boavista mahu melepaskannya ke pasukan lain.

Berkelana ke Itali

Akhirnya Bruno Fernandes dijual ke Novara, kelab kecil di Itali. Beliau menyertai pasukan tersebut sebagai pemain remaja.

Namun beliau terus diserapkan ke dalam pasukan utama kerana kualiti yang ada padanya. Fernandes sangat cepat matang di dalam permainannya.

Ketika di Novara, Fernandes sangat cemerlang dan terpilih mewakili pasukan remaja dan peringkat belia Portugal.

Pada usianya yang sangat muda, Fernandes menjadi pemain utama Novara di Serie B sepanjang musim 2012/13.

Udinese mengesan bakat beliau dan menawarkan beliau kontrak. Fernandes tidak menoleh ke belakang lagi dan beliau mencatatkan 11 gol, 13 assist dalam 95 perlawanan. Beliau beraksi di sana selama 3 musim.

Ruginya adalah Boavista yang melepaskan beliau terlalu awal satu ketika dahulu, kerana ternyata Bruno Fernandes memiliki nilai harga yang cepat naik.

Namun selepas itu, beliau tidak sehaluan dengan pengurus Udinese dan dipinjamkan ke Sampdoria.

Semusim di Sampdoria, Fernandes ditawarkan kontrak oleh Sporting Lisbon pada 2017. Ini selepas aksi cemerlang beliau dalam kejohanan Euro B-21 pada 2017.

Beliau tidak berlengah untuk menyertai salah sebuah pasukan terbesar di Portugal dan dikenali di Eropah itu.

Kemuncak prestasi

Sporting Lisbon mendapatkan Fernandes dan memasukkan klausa pelepasan €100 juta.

Dari situ karier beliau terus mekar mewangi dan menjadi pemain utama kebangsaan Portugal.

Beliau kemudian dilantik menjadi kapten Sporting Lisbon dan mulai dikaitkan dengan pasukan pasukan elit Eropah.

Fernandes akhirnya berjaya berpindah ke Manchester United pada Januari 2020. Beliau memeterai perjanjian dengan nilai perpindahan sekitar €65 juta termasuk bonus.

Ronaldo dan romantisme Portugis

Selepas 135 perlawanan bersama Sporting Lisbon, Bruno Fernandes mencatatkan 63 gol dan 51 assist daripada posisi pemain tengah.

Beliau menyatakan, legenda Man United, Cristiano Ronaldo sebagai antara individu yang banyak mempengaruhi beliau di dalam perpindahan.

Fernandes pastinya membuatkan peminat Man United kembali menikmatik bola sepak dengan wira Portugis di atas padang.

Selain daripada kehebatan beliau sebagai pemain yang prolifik, Bruno Fernandes juga dikenali dengan kepimpinan beliau di atas padang.

Menjadi kapten Sporting Lisbon pada usia yang sangat muda. Fernandes juga menjadi pemain penting bagi pasukan negaranya.

Permain penting United

Jadi tidak hairanlah kalau Ole Gunnar Solskjaer terbayang kelibat Paul Scholes dan Veron apabila melihat aksi Bruno Fernandes di atas padang.

Dan pada hari ini dalam masa setahun sahaja, Fernandes menjadi antara pemain tengah terbaik di England. Beliau terus mencatatkan statistik yang tidak masuk akal.

Semangat dan kualitinya telah membantu mengubah dan mencorak, bukan hanya kualiti rakan di sekitarnya, malah mentaliti para pemain United. Sehingga Solskjaer meminta pemain lain meniru mentalitinya.

Bruno Fernandes kini dalam landasan persaingan untuk menjadi pemain terbaik di EPL jika beliau terus konsisten.

Banyak anugerah individu di kabinetnya sejak menyertai United. Namun bagi Fernandes dia tak memikirkan anugerah itu. Kerana dia mahukan piala untuk kelab dan penyokong United.

Semoga kamu berjaya.

Baca yang lain

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali

Everton Dikembalikan Semula 4 Mata

EFL atau Liga Bola Sepak Inggeris telah memutuskan untuk meringankan hukuman pemotongan mata ke atas Everton. Ini selepas kelab Merseyside itu membuat