Bruno Fernandes Dedah Keperibadian Pogba

Bruno Fernandes sentiasa terhutang budi dengan Paul Pogba. Ketika dia tiba di Manchester, beberapa tahun lalu, pemain senior United pertama yang berjumpa dengannya dengan niat mahu membantunya ialah Paul Pogba.

Walaupun ada spekulasi media yang cuba melaga lagakan Bruno Fernandes dengan Paul Pogba, sebaliknya pula yang berlaku.

Kerana Bruno Fernandes sangat hormat kepada Pogba yang baik hati.

“Pada hari pertama saya di United, Pogba datang kepada saya dengan notebook di tangannya. Dia tanya saya ‘kat mana awak mahu tinggal? Berapa budget yang awak nak bayar? Nak duduk kat rumah atau rumah pangsa?

“Saya pilih 3 tempat dan kemudian dia kata, ok esok kita akan melawat rumah rumah ni.

“Pogba adalah jenis manusia yang begitu,” tegas Bruno Fernandes.

Pogba sebelum ini menyertai kembali United sebagai rekod perpindahan dunia. Namun beberapa tahun kemudian dia ada isu dalaman dengan kelab.

Ejennya ketika itu, Mino Raiola antara individu yang memainkan peranan penting dalam karier Pogba. Yang akhirnya menasihati Pogba untuk meninggalkan United kerana dia tidak ditawarkan kontrak sebagai penerima gaji tertinggi kelab.

Raiola berpendapat bahawa pemain terbaik harus menerima gaji terbaik. Dan dia memaksudkan Pogba yang dianggap Raiola satu satunya pemain United yang berkelas dunia.

Pogba kembali semula ke Juventus. Dan segalanya agak kurang menjadi. Dia akhirnya disabitkan dengan kesalahan doping dan dikenakan penggantungan 4 tahun.

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan