Bruno Fernandes Lakukan Wondergoal Bantu United Bangkit Dan Menang 4-2

Manchester United berjaya bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk menang 4-2 ke atas Sheffield United.

United masih segar daripada kejayaan mara ke final Piala FA. Namun sedar bahawa mereka harus memperbaiki permainan mereka setelah dikritik kerana melepaskan 3 pendahuluan gol ketika menentang Coventry.

Anak anak buah Erik Ten Hag memulakan perlawanan  di belakang apabila ketinggalan pada minit ke-35 menerusi gol  Jayden Bogle.

Namun begitu, Harry Maguire menyamakan kedudukan sebelum rehat perlawanan.

Pada babak kedua, Sheffield kembali di hadapan menerusi jaringan Ben Diaz minit ke-50.

Gol itu kemudian disamakan oleh Bruno Fernandes menerusi sepakan penalti yang kemas.

Pada minit ke-81, kapten Bruno Fernandes akhirnya meletakkan United di hadapan buat pertama kalinya. Dia melakukan rembatan dari luar kotak penalti yang sangat cantik.

Dan United tidak menoleh ke belakang lagi apabila Rasmus Hojlund mencetak gol keempat pada lewat perlawanan.

Kemenangan ini terus menghidupkan impian United mahu ke UCL musim hadapan. Dengan tangga kelima masih berpeluang untuk mara ke UCL berdasarkan ranking coefficient liga yang baharu dalam kelayakan UCL yang akan menambah jumlah pasukan musim hadapan.

Sheffield terus berada di tangga tercorot dalam liga. Mereka semakin hampir dengan penyingkiran.

Baca yang lain