Bruno Fernandes Menandatangani Kontrak Bersama Man United

Semalam Manchester United mengumumkan pemain kebangsaan Portugal, Bruno Fernandes akan menyertai mereka.

Ini selepas Sporting dan United mencapai kesepakatan dalam perpindahan pemain berkaitan dengan harga.

Man United terbuka hati untuk memperbaiki nilai tawaran mereka untuk pemain tersebut selepas Sporting tidak berganjak dengan tanda harga mereka.

Namun Man United menyatakan bahawa, masih ada proses akhir yang perlu diselesaikan iaitu, pemeriksaan medikal dan perbincangan terma peribadi.

Mancheter United dalam kenyataan mereka berkata:

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan bahawa telah mencapai persetujuan dengan Sporting Clube de Portugal untuk perpindahan Bruno Fernandes.”

“Perjanjian kini tertakluk kepada proses pemeriksaan perubatan/medikal dan persetujuan terma peribadi.”

“Pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat.”

Bruno Fernandes sudah mengucapkan selamat tinggal kepada Sporting Lisbon dan kelab itu juga sudah memberikan ucapan selamat maju jaya kepada bekas kapten mereka itu.

Beberapa jam lalu, Bruno Fernandes dilihat tiba di kompleks Manchester United untuk menyelesaikan terma akhir dalam perpindahan beliau ke Old Trafford.

https://twitter.com/utdxtra/status/1222661064845860867

Dan sebentar tadi Bruno Fernandes bergambar di hadapan kertas kontrak pada atas meja.

Pengumuman rasmi oleh media Manchester United tentang perpindahan itu dijangka akan dibuat beberapa jam lagi.

Biasalah, kalau Manchester United, memang waktu begini kerja dia.

Bruno Fernandes menjadi pemain keempat menyertai Manchester United dari Sporting Lisbon.

Saga Perpindahan

Sebelum ini perbincangan di antara Manchester United tengah Sporting Lisbon agak bermasalah kerana tawaran harga tidak memuaskan hati.

Man United kemudian menawarkan pakej jauh daripada tanda harga yang diletakkan oleh Sporting Lisbon terutama sekali klausa yang dianggap tidak realistik.

Manchester United menawarkan hanya £34 juta dengan bonus tambahan mencecah £25 juta yang hanya akan dibayar jika Bruno Fernandes memenangi Ballon d’Or dan membantu Man United menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

Sporting pula mahukan sekurang kurangnya £55 juta bayaran pertama dan bonus sekitar £15 juta.

United kemudian mengancam untuk tidak meneruskan rundingan kerana merasakan Sporting meletakan harga terlalu tinggi.

Ejen kepada Bruno Fernandes,  kemudian cuba memperbaiki keadaan. Dan beliau berjaya meyakinkan bahawa Sporting Lisbon sebenarnya sudah meletakkan harga yang terbaik untuk pemain itu.

Sporting Lisbon berkeras tak mahu menjual pemain itu ke Man United dengan bayaran yang tu agak rendah dan bonus yang sukar untuk dicapai.

Dengan jendela perpindahan yang tinggal berapa hari lagi Manchester United akhirnya untuk memperbaiki tawaran Mereka dengan pakej klausa bonus yang lebih realistik.

United kini menawarkan £47 juta dengan klausa ditambah dengan £8.5 juta sebagai bonus penampilan. Ini orang cakap, bonus boleh dapat la, so total di sini dalam £55.5 juta ditambah dalam £4.23 juta lagi jika Man United layak ke UCL.

Baki bonus yang lain £12.7 juta adalah untuk kejayaan lain dalam klausa yang tidak dinyatakan atas sebab apa.

James Ducker dari Telegraph melaporkan bahawa, Bruno sudah terbang ke Manchester dan sudah menempah sesi ujian medikal di Old Trafford.

Sumber Fabrizio Romano juga menyatakan perkara yang sama. Sumber ini menyatakan kedua dua pasukan sangat positif dalam perbicangan kali ini.

Dan  Bruno Fernandes dijangka akan mendapat kontrak sehingga 2024.

Bruno Fernandes menjadi pemain yang sangat diperlukan Ole Gunnar Solskjaer. Beliau sudah menjadi sasaran Man United sejak perpindahan yang lalu.

United berharap akan dapat menyelesaikan urusan perpindahan pemain ini secepat mungkin, selepas mereka terlepas beberapa pemain lain dalam sasaran kali ini.

Beliau pemain yang boleh bermain di mana-mana posisi di bahagian tengah. Dijangka akan membentuk gandingan dengan Paul Pogba dan Scott McTominay apabila kesemua mereka boleh beraksi.

Akhirnya selesai juga kan. Tahniah Man United di atas perpindahan salah seorang pemain tengah total dalam pasaran Eropah.

Apapun selamat datang ke Manchester United, Bruno Fernandes.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil