Bruno Fernandes: Sejak Ketibaannya -6 Menang, 3 Seri Tanpa Kalah Dan 7 Clean Sheet

Apabila Bruno Fernandes meletakan jari ke bibirnya, ia adalah isyarat kepada Pep Guardiola ketika perlawanan di Old Trafford.

Bruno menyuruh Guadiola diam ketika perlawanan derby yang menyaksikan United menang

Pemain ini menjadi wira segera kepada skuad Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain tengah dari Portugal ini memberi impak serta merta tidak kira di dalam atau di luar padang.

Sejak kehadirannya dengan harga £ 47 juta, Manchester Utd tidak pernah kalah dalam 9 perlawanan. Menang 6 kali dan seri 3 kali.

Walaupun hanya bermain 9 perlawanan dan melihat nama-nama besar yang menyertai kelab sebelumnya, Fernandes telah disebut-sebut sebagai pembelian terbaik yang dilakukan Manchester Utd selepas era Sir Alex Ferguson tamat.

Radamel Falcao, Angel Di Maria dan Alexis Sanchez tidak mampu melakukan apa yang dilakukan Fernandez.

Penangguhan mengejut liga selepas dunia mengalami wabak Covid-19 juga telah menghentikan kebangkitan luar biasa Manchester Utd selepas Fernandes menyertai mereka.

Kelab semakin hampir dalam persaingan ke liga juara, nyanyian nama Fernandez di stadium sudah mula berkumandang.

Bruno, Bruno, Bruno. Dia datang dari Sporting seperti Cristiano. Dia ke kiri, dia ke kanan, dia buat pertahanan lawan macam sampah. Dia adalah kemegahan kami

Ketika Fernandes memberi impak di tengah padang, para penyokong pula mencipta gelombang di tempat penonton.

Pada awal Januari Manchester Utd menderita selepas tewas 2 kali berturut-turut kepada Burnley dan Liverpool.

Kemampuan Solskjaer mula dipertikaikan untuk menggalas tugas sebagai sebagai pengurus di salah sebuah kelab terbesar di dunia ini.

Namun skuad Red Devils bertukar 360° selepas memuktamadkan pembelian Fernandes pada 27 Januari. Perpindahan yang agak lama ditunggu selepas kelab menyasarkan pemain ini sejak awal musim lagi.

Di Portugal Fernandes merupakan pemain utama sejak 2 musim lepas. Memenangi anugerah pemain terbaik tahunan, meraih trofi Piala Portugal dan Piala Liga Portugal.

Dia menjaringkan 39 gol dan menghasilkan 28 bantuan, tiada pemain lain mencatat lebih dalam penglibatan gol.

Dia juga merekodkan 239 create chances, 25 lebih tinggi dari Alex Telles dari FC Porto.

Sejak Februari Manchester Utd telah memenangi 6 perlawanan dan 3 seri. Menjaringkan 22 gol dan hanya bolos 2 kali. 7 perlawanan adalah clean sheet.

Seorang pemain mentaliti berkelas dunia, mempunyai statistik peribadi yang hebat di Sporting dan United

Dalam tempoh tersebut mereka merapatkan jurang mata dengan pasukan tangga ke-4 dengan hanya 3 mata. Mara ke suku akhir Piala FA dan menempah tiket ke pusingan 16 Liga Ueropa.

Fernandes terlibat dengan 5 gol liga, 2 gol dan 3 bantuan.

Menjadikannya pemain paling banyak terlibat dengan gol sepanjang bulan tersebut.
Fernandes diangkat menjadi pemain terbaik bulan Februari Liga Perdana Inggeris.

Dia telah menyesuaian diri dengan hebat.

Sejarah memberitahu anda, membawa masuk pemain baru dari liga yang berbeza pada bulan Januari sukar untuk mengetahui bagaimana mereka akan menyelesaikannya, kata jurulatih United, Michael Carrick.

Adakah mereka akan terus menjadi atau mereka memerlukan masa?

Pastinya Fernandes telah menyesuaikan diri di padang dan di bilik persalinan.

Paling penting lagi dia telah meningkatkan mutu dan semangat dalam skuad itu dengan cemerlang.

Kemampuan pemain ini jelas menonjol dengan hantaran chip sempurna kepada Anthony Martial yang melakukan jaringan volley dalam kemenangan 2-0 ke atas Manchester City.

Beliau juga tampil menyempurnakan sepakan penalti tanpa gemuruh ketika menentang Watford dan Club Bruges.

Dan dia ‘mendiamkan’ Guardiola ketika pertemuan derby sangat mengembirakan para penyokong Manchester Utd.

Seterusnya kejadian itu menjadi meme di media sosial dan Fernandes mengatakan buat masa sekarang dia tidak berhak dengan penghormatan darinya.

Keupayaan pemain berusia 25 tahun ini kembali mengimbas apa yang dilakukan oleh Roy Keane melalui keinginan, visi dan misi dari Paul Scholes dan kelas sentuhan Eric Cantona.

Keinginan Keane, Visi Scholes dan Sentuhan Cantona ada pad Bruno

Mereka semua dapat menyesuaikan dengan rakan sepasukan dengan sempurna dan mencapai tahap tertinggi yang diperlukan Manchester Utd.

Selepas seri 1-1 ketika bertemu Everton, di mana dia menjaringkan gol jarak jauh, laporan mengatakan bahawa ketika kebanyakan rakan sepasukannya 1 mata di Goodison Park bukan hasil yang buruk, Fernandes memberitahu mereka bahawa mereka harus berasa gila apabila gagal untuk menang.

Harry Maguire menggambarkan Fernandes sebagai seseorang yang mempunyai personaliti besar dan aura di sekelilingnya.

Dimitar Berbatov pula berkata Manchester Utd menjadi pasukan berbeza dengannya.

Sementara itu Diogo Dalot yang menumpangkan Fernandes ke padang latihan mengatakan pemain ini akan menjadi lagenda kelab.

Fernandes mungkin akan menjadi pemain kunci pasukan dalam tempoh beberapa musim akan datang.

Untuk bermain bersama United, anda perlu bersedia dengannya, anda mesti menguatkan mental. – kata Carrick.

Tanda-tanda awal Bruno Fernandes mampu menggalas bebanan besar dari jangkaan tinggi kepada pasukan dan menanganinya dengan kurang tekanan.