Bruno Fernandes Tangguh Tandatangan Kontrak Baharu Sebelum Pogba

Bruno Fernandes telah menjadi bintang penting Manchester United sejak menyertai Red Devils. Namun Sky Sports melaporkan pemain antarabangsa Portugal itu menangguhkan dahulu untuk melanjutkan kontrak baharu.

Fernandes dilaporkan hanya akan menandatangani kontrak hanya selepas Paul Pogba berbuat demikian.

Tidak dapat dipastikan, sama ada Fernandes berbuat demikian kerana mahu melihat gaji Pogba dahulu? Ataupun beliau mahu memastikan pemain itu kekal barulah beliau berbuat demikian.

Mino Raiola sebelum ini pernah meminta United untuk menawarkan gaji tertinggi kepada kliennya itu kerana menurut Raiola, Pogba adalah pemain terbaik di dalam pasukan.

Ianya selepas United menawarkan gaji luar biasa kepada Alexis Sanchez dan juga David De Gea sebelum ini.

Tetapi kehadiran Fernandes pastinya membuatkan Raiola sedar bahawa pemain terbaik dalam pasukan United sekarang ialah Bruno Fernandes.

Hubungan Fernandes dengan Pogba memang rapat. Kedua dua pemain saling memuji kualiti antara satu sama lain. Dan musim ini Fernandes dan Pogba menjadi nadi penting United. Sama ada ketika kedua duanya di atas padang ataupun salah seorang berada di atas padang.

Bruno pernah berkata: “Saya rasa masih ada banyak lagi yang akan kami pamerkan di atas padang. Bila bergandingan kami akan melakukan lebih banyak perkara bersama.”

Peminat Man United pastinya mahu melihat kedua dua pemain terus kekal bersama untuk membentuk pasukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Adakah kedua dua pemain akan menerima gaji yang sama tinggi selepas ini?

Ini kerana Real Madrid antara pasukan yang masih serius mahu mendapatkan Paul Pogba untuk pasukan mereka.

Baca yang lain