Bruno Fernandes Tujukan Kritikan Pedas Kepada Onana, Martial Dan Pasukannya

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes dengan terbuka mengkritik kekurangan kawalan pasukannya ke atas perlawanan dalam perlawanan Liga Juara-Juara selepas sekali lagi membuatkan mereka melepaskan kelebihan dua gol untuk seri 3-3.

United mendahului 2-0 dan 3-1 pada satu ketika namun diikat 3-3 oleh kelab Turki, Galatasaray pada aksi penting Liga Juara Juara Eropah awal pagi tadi.

Gergasi Inggeris itu berada di ambang penyingkiran pada peringkat kumpulan selepas hanya memenangi satu daripada lima perlawanan pembukaan mereka.

United mesti menewaskan juara Jerman, Bayern Munich di laman sendiri dalam perlawanan terakhir Kumpulan A mereka dan berharap keputusan lain untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir.

Dua kali mereka mendahului Galatasaray di tempat sendiri sebelum tewas 3-2 pada Oktober. Selepas itu, mereka membiarkan kelebihan dua gol mereka hilang begitu sahaja dalam kekalahan 4-3 kepada FC Copenhagen awal bulan ini.

Jaringan menakjubkan Fernandes meletakkan United 2-0 di Istanbul dalam masa 20 minit dan mereka juga mendahului 3-1 selepas sejam.

Bagaimanapun, dua kesilapan mahal daripada penjaga gol Andre Onana membenarkan sepakan percuma Hakim Ziyech mengurangkan defisit Galatasaray dan mereka memperoleh satu mata menerusi Kerem Akturkoglu.

Selepas tamat perlawanan Fernandes dipercayai mengkritik Andre Onana ketika dia mengulas tentang gol lawan ke atas mereka: “Sukar untuk menerimanya, kami bolos daripada gol gol yang teruk.”

“Kami harus mengawal situasi dan semuanya. Kami berada dua gol di hadapan sebanyak 2 kali dan memiliki banyak peluang lagi untuk membunuh perlawanan ini. Kami tak cukup tajam. Saya tak tahu nak jelaskan macam maca.”

“Kami bolos kerana 2 gol itu dan tiada apa yang kami boleh lakukan sekarang. Jelas sekali kami patut melakukan dengan lebih baik untuk 2 gol [Galatasaray] tersebut, namun itulah yang terjadi.”

“Setiap kali kami melepaskan bolos setiap kali itu kami mendapat peluang yang banyak untuk menjaringkan gol sekali lagi. Pada babak akhir permainan kami ada 4 peluang keemasan untuk menjaringkan gol.”

Selain itu Fernandez juga mengkritik rakannya yang tidak menghantar bola kepada pemain di posisi terbaik. Ramai percaya ia merujuk kepada situasi Martial dengan Pellistri. Di mana kedua dua pemain itu dilihat tidak mengendahkan rakan mereka di posisi lebih baik.

“Kadangkala ianya adalah tentang memberikan bola kepada pemain yang berada di kedudukan terbaik, namun  malangnya kami sendiri yang mempersiakan peluang peluang yang ada.”

“Sukar untuk jujur, kerana saya tak nak terlalu negatif.  Apa yang kami lakukan dalam Liga Juara-Juara tidak mencukupi, kami perlu mengawal permainan kami.”

“Ia bukan kali pertama, malah Copenhagen, saya faham kami kurang seorang pemain, tetapi kami menjaringkan gol 3-2 dan kami perlu memastikan kemenangan dicapai.”

“Kami mendahului dengan 2 gol sebanyak 2 kali, dan ada banyak sekali peluang untuk mencetak gol tambahan, malangnya kami tak cukup tajam.”

“Kami perlu memahami jenis permainan ini, tahap ini sudah cukup, anda perlu bijak dan menguruskan permainan dengan lebih baik. Setiap orang perlu bangkit dan bertanggungjawab atas kesilapan mereka sendiri.”

Andre Onana yang sebelum ini dilihat sudah bangkit daripada prestasi tidak menentu, sekali lagi menjadi subjek kecaman peminat. Dia melakukan kesilapan yang berpotensi menghantar United terkeluar daripada UCL musim ini atau gagal ke UEL sekalipun.

Apapun harapan United kini adalah keajaiban malam Eropah di Old Trafford ketika melayan kunjungan skuad Bayern Munich bimbingan Thomas Tuchel yang sudah menepati ramalan mara ke pusingan kalah mati.