Bruno Jelaskan 2 Sebab Mengapa Dia Memberi Sepakan Penalti Kepada Rashford

Manchester United menewaskan Istanbul Basaksehir 4-1 di Old Trafford. Ole Gunnar Solksjaer hanya memerlukan 1 mata sahaja lagi untuk mengesahkan pasukannya layak ke pusingan ke-2.

Mereka kini mendahului kumpulan H dengan 9 mata selepas 4 perlawanan, 3 mata dihadapan Paris St Germain dan RB Leipzig. Istanbul Basaksehir berada di tempat tercorot.

United agak garang apabila menggegar gawang Basaksehir 3 kali dalam tempoh 35 minit, salah satu darinya melalui sepakan penalti.

Deniz Turuc merapatkan defisit dan Daniel James menjaringkan gol terakhir perlawanan pada masa kecederaan dan United menang 4-1.

Terdapat satu topik menarik yang berlaku dalam perlawanan tersebut. Bruno Fernandes bermurah hati menyerahkan sepakan penalti kepada Marcus Rashford walaupun dia berpeluang untuk melakukan hatrik.

PAUL SHCOLES TIDAK FAHAM

Lagenda Manchester United, Paul Scholes agak terkejut melihat keputusan Bruno Fernandes menyerahkan sepakan itu kepada Marcus Rashford.

Fernandes telah mejaringkan 2 gol dan berpeluang melakukan hatrik, tetapi ketika peluang itu hadir dia menyerahkan kepada Rashford.

Sudah pasti semua melihat Rashford menyempurnakannya dengan baik untuk memberi gol ke-3 kepada pasukannya tetapi Scholes tetap terkejut dengan keputusan yang dilakukan Fernandes.

Sholes berkata ketika rehat separuh masa pertama ‘saya tidak faham’.

“Fernandes telah mengambil semua penalti apabila dia bermain. Dia berpeluang melakukan hatrik pada malam Champions League, saya tidak faham.”

“Bagaimanapun kami meraih keputusan baik dan tiada kerosakan yang berlaku.”

Ini bukan kali pertama Fernandes melepaskan peluang untuk mencetak jaringan hatrik agar rakan sepasukannya juga dapat menjaringkan gol.

Bekas pemain Sporting Lisbon itu pernah memberi peluang kepada Edinson Cavani bagi membolehkan pemain Uruguay itu menjaringkan gol debut di Premier League ketika bertemu Everton.

KERANA JANJI DAN SITUASI RASHFORD DI CHAMPIONS LEAGUE

Bruno Fernandes menjelaskan dia memutuskan tidak mengambil sepakan penalti. Marcus Rashford menyempurnakan sepakan itu dan meletakkan namanya sebagai penjaring ke-2 terbanyak di Liga Juara-Juara.

Keputusan itu dibuat kerana Fernandes sudah berjanji penalti seterusnya akan diberikan Rashford pada perlawanan lepas.

Sebelum itu Fernandes telah menjaringkan 2 gol sebelum penalti diperolehi, dia mempunyai peluang untuk mencipta hatrik jika mengambil sepakan penalti itu.

Tetapi ketika diminta untuk jelaskan kenapa dia tidak melakukannya, Fernandes berkata kepada BT Sport,

“Semua pemain ingin melakukan hatrik tetapi selepas perlawanan Premier League saya memberitahu Rashy, awak akan ambik penalti seterusnya. Saya ingat (janji) itu.”

“Dia merupakan salah seorang penjaring terbanyak di Champions League. Saya rasa penting untuknya meneruskannya dan meraih keyakinan.”

“Tiada masalah siapa yang mengambil sepakan penalti, yang paling penting menjaringkannya.”

Seperti diketahui, Fernandes mungkin akan marah jika Rashford gagal menyempurnakannya namun pemain Inggeris itu menyudahkan dengan klinikal meletakkan Manchester United mendahului perlawanan 3-0 selepas 35 minit permainan.

Baca yang lain