Buat Hal Lagi, Pengurus Besiktas Cari Dele Alli Yang Hilang Selepas Jumpa Kim Kardashian

Dele Alli terus menjadi subjek kontroversi. Pada awal musim ini dia dijulang sebagai bintang ketika tiba di Besiktas.

Namun keadaannya berubah!

Daripada pemilik sehinggalah ke pengurus kelab, kesemuanya menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan prestasi Dele Alli.

Kemudian penyokong Besiktas sendiri berpaling tadah kepada Alli. Dia diboo oleh ultras ketika beraksi. Dianggap satu pembaziran.

Dengan segala yang berlaku, sudah tentunya Besiktas tidak mahu menandatangani pemain itu secara tetap.

Dan sudah menyatakan bahawa mereka mahu memulangkan Alli ke Everton apabila musim ini berakhir.

Malah lebih malang apabila presiden kelab dengan terbuka mahu Alli pergi segera daripada kelab itu dan mencari kelab baharu.

Pengurus kelab, Senol Gunes pula menyatakan bahawa dia sudah berputus asa dalam usaha membangkitkan Dele Alli.

Senol Gunes berkata:. “Jangan kita bincangkan Dele Alli sebagai pemain, tetapi dia berada di bawah jangkaan kami dari segi kecekapan.”

Seterusnya dalam aksi antara Besiktas menentang Sanliufaspor dari divisyen 3, dalam Piala Turki beberapa bulan lalu, pengurus Besiktas, Senol Gunes hanya menggunakan Alli selama 28 minit aksi.

Ketika itu pasukannya sedang ketinggalan 2-0 di tangan pasukan bawahan. Alli beraksi dengan teruk sekali. Itu yang membuatkan dia digantikan. Ketika keluar meninggalkan padang, Alli diejek dengan sorakan boo oleh para penyokong Besiktas.

Melihat video tersebut, ramai peminat simpati dengan Dele Alli. Terutama sekali peminat Spurs yang mengenang kesetiaan Dele Alli kepada Spurs ketika banyak kelab lain mahukannya dahulu.

Ada yang rasa tak percaya Dele Alli kini di Turki pada usianya baru 28 tahun. Dia sepatutnya berada di Qatar bersama England untuk Piala Dunia 2022 tempoh hari dan menjadi pemain berkelas dunia.

Bila melihat apa yang berlaku kepada Dele Alli, pastinya kita teringat kepada rakaman video Mourinho menasihati pemain itu agar dia tidak terjatuh pada suatu hari nanti.

Jose Mourinho memberikan amaran yang sangat jujur kepada Dele Alli agar pemain itu ‘menuntut lebih banyak daripada dirinya sendiri.’

Terbaru, Dele Alli hilang pula daripada radar. Pengurus pasukan, Senol Gunes menganggap Alli ‘missing in action’.

Ianya berlaku selepas Dele Alli bertemu dengan Kim Kardashians dan anak anaknya dalam satu parti ringkas.

Dele Alli diberikan cuti rehat kerana dia tidak diperlukan dalam tugasan baru baru ini.

Namun ketika hari dia harus melapor diri kembali ke latihan, dia telah hilang dari radar.

Senol Gunes berkata: “Kita dah berikan Dele Alli cuti pendek. Namun sekarang ini dia masih tak kembali.”

“Sekarang ni kan hujan, mungkin sebab tu dia tak muncul muncul lagi,” tegas pengurus itu dengan nada sindiran sebagai isyarat bahawa dia tidak tahu di mana pemain itu sekarang.”

“Kami akan cuba mencari di mana dia sedang berada sekarang ini.”

Kenyataan itu benar benar mengejutkan. Dele Alli kini benar benar sudah tidak sehaluan dengan pengurusnya sendiri.

Dele Alli kemudian tampil memberikan jawapan kepada media tentang kenyataan Gunes yang menuduh pemain itu tidak profesional dan ponteng.

Alli berkata: “Dia [Senol Gunes] ada banyak perkara dia nak cakap tentang saya. Kelab memberikan saya kebenaran untuk menghadiri temujanji dengan doktor hari ini. Saya akan kembali berlatih seperti biasa bermula esok.”

 

Baca yang lain