Buat Hal Lagi, Pique Pakai Twingo Pulak Lepas Casio

Sebelum ini Shakira telah menyindir bekas teman lelakinya yang juga ayah kepada anak anaknya, Gerard Pique dalam lagu terbarunya.

Shakira perlekeh Pique

Shakira melancarkan lagu di platform digital Music Sessions #53, kerjasama dengan Bizarrap dari Argentina.

Di mana dalam liriknya dia meletakkan beberapa sindiran kepada bekas pesangannya Gerard Pique.

Shakira malah turut menyindir teman wanita Pique yang baharu iaitu Clara Chía Martí.

Hubungan Shakira dan Pique retak selepas bekas pemain Barcelona itu dilaporkan curang dengannya.

Shakira sebelum itu pernah menyatakan bahawa dia telah banyak berkorban untuk Pique, meninggalkan kariernya di Hollywood. Hanya untuk dikhianati pemain itu.

Shakira kemudian tampil dengan membidas dan menyindir Pique dalam lagu terbarunya itu.

Salah satu bait liriknya tertulis: “You traded Rolex for Casio” atau terjemahannya, kau sanggup gantikan Rolex kau demi Casio.

Selain itu dia juga menyindir Pique sebagai ibarat menukar Ferrari dengan Twingo.

Menganggap Pique sentiasa menjadi lelaki tak berguna ketika di hadapannya berbanding orang lain. Dia turut berkata: “Banyak sangat masa kat gym, sepatutnya latih sekali otak tu.”

Casio balas balik

Casio memberikan respon kepada kenyataan Shakira itu. Casio menulis: “Dalam usaha kami mempertahankan diri sebagai jenama Casio, bateri kami bertahan lebih lama daripada hubungan Pique dan Shakira.”

Bukan sahaja Casio, malah Pique turut memberikan respon kepada bekas teman wanita dan ibu kepada anak anaknya itu.

Pada Jumaat, Pique mengumumkan secara rasmi dia bekerjasaman dengan Casio sebagai rakan penaja untuk pertandingan bola sepak 7 sebelah, Kings League yang dia turut menjadi penganjur.

Pique turut memakai jam jenama Casio di dalam program tersebut dan berkata: “Ini adalah jam yang akan saya pakai selamanya.”

Pique merujuk kepada dia sedia bersama dengan Clara Chía buat selamanya, selepas wanita itu dilabel sekadar Casio oleh Shakira yang mengibaratkan dirinya Rolex.

Pique kemudian menyatakan bahawa Casio telah menawarkan diri menjadi penaja liga bola sepak mereka.

“Casio berikan kita jam rasmi. Kings League sudah mencapat kesepakatan dengan mereka. Saya serius.”

Pique turut tergelak kerana dibahan rakan rakannya kerana lagu tersebut. Dia sambil membuat sesi mendengar lagu itu secara live.

Pique pakai Twingo pulak

Tidak terhenti di situ, terbaru Pique menaiki kereta Twingo untuk hadir ke Kings League.

Ianya adalah balasan kepada sindiran Shakira yang memperlekehkan Twingo. Pique menghantar mesej jelas dia benar benar sedia untuk bersama dengan teman wanita barunya walaupun Shakira ibarat Ferrari.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang