Budak 14 Tahun Ini Lebarkan Rekod FUT 210-0, Namun Masih Tak Layak Beraksi Di FIFA Professional

Kepada sesiapa sahaja yang bermain permainan FIFA, pasti tahu betapa sukarnya bermain FUT.

Di mana FUT memerlukan anda bermain 30 perlawanan dalam seminggu, dan semakin banyak anda menang, semakin banyak hadiah yang anda dapat.

Malah, untuk layak ke liga hujung minggu pun payah. Dengan penggunanya yang ramai, maka cabaran bermain FUT menjadi semakin rumit dan setiap orang berlumba lumba untuk menang seberapa banyak perlawanan yang mereka mampu.

Namun bagi seorang remaja awal berusia 14 tahun iaitu Vejrgang dari Denmark, dia sudah beraksi dalam 7 aksi liga hujung minggu setakat ini.

Dalam aksi minggu lalu, pemain e-Sukan RB Leipzig itu menang kesemua 30 perlawanan terakhir dan menjaringkan lebih 200 gol. Ianya purata lebih 6  gol – hampir 7 gol setiap perlawanan.

Begitu berbakat budak ini pada usianya hanya 14 tahun.

Berikut adalah pasukan FUT yang dia gunakan dalam minggu terakhir sebelum ini:

GK: Marc-André ter Stegen – 90
RB: Gianluca Zambrotta – 86 (Icon)
CB: Raphael Varane – 86
CB: Ferland Mendy – 83
LB: Paolo Maldini – 88 (Icon)
Paolo Maldini ketika bersama AC Milan
CDM: Ruud Gullit – 90 (Icon)
RM: George Best – 88 (Icon)
LM: Kylian Mbappe – 90
CAM: Patrick Vieira – 88 (Icon)
CAM: Ronaldo – 94 (Icon)
ST: Cristiano Ronaldo – 92

Power teruk pasukan dia. Dan benda pertama yang kita semua fikirkan, betapa cepatnya dia mendapat pasukan dengan barisan pemain pemain seperti itu.

Dia turut memiliki pemain seperti Son of Heung-min dan Didier Drogba yang berada di bangku simpanan.

Sudah tentu, pasukannya sangat gila setakat ini, di mana secara keseluruhannya dia sudah kemenangan 210-0 di FUT Champions – yang terakhir.

Vejrgang sebenarnya dapat dikalahkan. Dia sudah bermain 406 pasukan Ultimate Team di FIFA 21. Dia memenangi 370 daripadanya, kalah 29 dan seri tujuh.

Cuma rekod dalam 210 perlawanan tanpa kalah itu membuatkannya ketika ini berada di peak terbaiknya.

Malangnya, dia tidak dapat bertanding dalam kejohanan FIFA profesional kerana usianya yang masih terlalu muda.

Di mana anda mestilah berusia 16 tahun untuk mengambil bahagian secara profesional, ini bermaksud Vejrgang harus menunggu dua tahun lagi untuk layak.

Walaupun begitu, kerana rekodnya yang luar biasa di FUT Champions, Vejrgang dapat dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia sekarang, jika pun dia bukan yang terbaik.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.