Budak 5 Tahun Ditahan Pandu Kereta Ibu Bapanya, Nak Beli Lamborghini

Apa  agaknya korang buat masa lima tahun dulu? Bermain lastik? Menunggu Dragon Ball sambil diganggu iklan Apollo?

Seorang budak lima tahun di Amerika Syarikat ditahan peronda di lebuh raya Utah. Peronda lebuh raya mendapati kereta yang dipandunya tidak begitu ‘steady’. Lalu mereka risau jika pemandunya adalah orang kelainan upaya dan memerlukan bantuan.

Budak lima tahun itu memandu kereta ibu bapanya di lebuh raya tersebut untuk ke California. Paling tak boleh bla, alasan dia membawa kereta tersebut adalah kerana nak membeli sebuah kereta.

Penguat kuasa lalu lintas telah memberhentikan kenderaan itu kerana menganggapnya dipandu oleh pemandu yang cacat – dan risau dengan pemanduan yang tidak begitu baik itu. Pada masa yang sama mahu memberikan bantuan sekiranya diperlukan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila ada budak berusia lima tahun yang memandu kereta itu.

Menurut catatan susulan oleh UHP, budak lelaki itu meninggalkan rumahnya setelah bertengkar dengan ibunya. Dia kecewa dengan ibunya yang enggan membelikanya kereta mewah.

Ketika ditanya, dia menyatakan dia mahu membeli Lamborghini. Harga kereta yang dia inginkan itu adalah sekitar $250,000. Namun wang yang ada padanya, hanyalah $ 3 (RM12.93) di dalam dompetnya.

Dalam satu kenyataan daripada perona lebuh raya Utah, mereka berkata:

“Salah seorang anggota pasukan kami di Weber Co. telah mengehntikan lalu lintas yang menurutnya mungkin pemandu yang kelainan upaya.”

“Ternyata dia adalah budak berusia 5 tahun, entah bagaimana dia boleh keluar ke jalan raya dengan kereta orang tuanya.”

Pasukan peronda lebuh raya itu menghubungi ibu bapa kanak-kanak itu dan mereka segera pergi ke tempat kejadian.

Menururt pegawai yang diwawancara, ibu bapa budak itu berada di tempat kerja mereka ketika kejadian itu.

Pasukan peronda lebuh raya menambah bahawa berdasarkan perkiraan, budak itu telah memandu sejauh 2 batu (3.21 kilometer) sebelum ditahan.

Keluarga budak lelaki itu memberitahu pihak berkuasa bahawa anak mereka juga tidak mempunyai pengalaman memandu sebelum ini.

Pegawai menasihati ibu bapa dan penjaga anak-anak lain untuk mengawasi anak-anak mereka dengan lebih teliti takut mengelak kejadian yang lebih teruk berlaku kepada mereka.