Budak Ini Buatkan Ibunya Tuduh Hacker Rembat RM1,285.00 Untuk Beli FIFA Points

Seorang ibu kepada tiga orang anak, Lesley Urwin menyatakan dia sangat kecewa dan marah apabila ada hacker yang telah menggodam sistem Xbox anaknya dan membeli 36,000 mata FIFA dalam permainan tersebut.

Namun yang kasihannya, si ibu ini sebenarnya tak tahu bahawa ‘hacker’ yang dia cari adalah anak dia sendiri.

Anaknya telah membeli mata FIFA menggunakan kredit kad miliknya tanpa dia sedari. Dan kemudian budak itu menyatakan dia tak tahu apa apa.

Dengan penuh yakin, Lesley memberitahu bahawa dia sudah memburu hacker itu selama 11 bulan namun tak jumpa.

Menurut Lesley lagi, hacker itu telah menggunakan kad kreditnya membeli 3 lot 12,000 mata FIFA yang bernilai  £79.99 setiap satu.

Jadi, keseluruhannya ‘hacker’ itu telah merembat £240 daripada akaunya ataupun sekitar RM1,285.00.

Itu yang membuatkan Lesley sangat marah dan meminta Xbox menjelaskan keadaan itu.

Lesley juga mendakwa pencariannya selama 11 bulan menemui jalan buntu, kerana hacker yang dia cari tak dapat dikesan kerana terlalu licik.

Kesian juga dia wei, terpaksa menjejak hacker dengan sendiri.

Lesley seterusnya menyatakan dia sudah banyak kali menghubungi pihak Microsoft, sama ada menerusi panggilan telefon mahupun email. Lesley tidak berpuas hati kerana wangnya lesap kerana hacker.

Lesley berkata: “Saya tidak dapat mengira berapa banyak panggilan dan email yang telah saya lakukan dan hantar kepada pihak Microsoft [Xbox].”

“Anak saya terpaksa melupakan Xbox Live hampir setahun, kerana saya melarang dia masuk ke dalam akaun yang sudah digodam itu.”

“Saya sudah letih dan bosan untuk bergadu pasal benda yang bukan salah kami. Dan kini saya nak bagi amaran.”

“Saya menerima email menyatakan saya membeli 3 lot 12,000 mata FIFA, di mana setiap satu lot bernilai. £79.99. Saya tak percaya semua ini berlaku.”

Lesley juga menegaskan bahawa ketiga tiga anak lelakinya tak tahu menahu akan perkara itu. Dan dia segera menghubungi Microsoft untuk bantuan.

Lesley menuduh keselamatan Xbox adalah teruk dan harus bertanggungjawab. Lalu dia memberikan amaran agar pihak Xbox memulangkan semula wang dia yang hilang.

Warganet hanya mampu tergelak melihat ibunya tak sedar akan perbuatan anaknya sendiri.

Si anak pula memperlihatkan wajahnya yang penuh tegas, menyatakan dia tak tahu apa-apa dan sedih kerana sudah lama tak dibenarkan ibunya untuk log in.

Hasib berkata: “Kita semua tahulah siapa yang membeli kesemua mata itu.”

Dhotya pula menyatakan: “Ahahahaha, dia dah buat hal dan kantoi.”

Dolan berkata: “Itulah wajah seorang budak yang  baru lebih kaya 36,000 mata FIFA.”

Kalau ada pembaca artikel ini yang masih muda remaja serta pelajar. Jangan pula buat emak korang macam ni.

Tak pepasal dia terpaksa menjadi penjejak hacker di alam siber teknologi terkini.

Baca yang lain