Budak TikTok Lancar Kempen Cancel Eminem Dan Marshall Mathers Balas Dengan Diss Track

Sejak dunia kena lockdown, macam macam berlaku kepada dunia. Terbaru bebudak TikTok dan Twitter dari gen-z / generasi milenial – telah melancarkan kempen untuk memboikot Eminem hanya kerana mereka tidak berpuas hati dengan lirik penyanyi itu dahulu.

Mereka mahu bersatu hati untuk membentuk gelombang agar Eminem tewas pada kali ini kerana sebelum ini beberap usaha untuk memboikot penyanyi itu sebelum ini tidak berjaya. Golongan ini menyatakan Eminem harus diboikot kerana liriknya membawa kepada keganasan termasuk keganasan rumah tangga.

Dalam lagu kolaborasinya dengan Rihanna pada 2010, “Love the Way You Lie”, ada bait berbunyi: “I know I’m a liar/If she ever tries to f*****’ leave again, I’ma tie her/To the bed and set this house on fire,”.

Lirik itu telah dibangkitkan semula oleh bebudak TikTok agar Eminem segera diboikot.

Sebelum ini Rihanna dan Eminem menyatakan lagu tersebut adalah berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui dalam perhubungan mereka. Oleh sebab itu Eminem memilih Rihanna sebagai rakan kolaborasinya. Rihanna menegaskan, jika anda mahu dengarkan penghayatan sebenar ianya adalah dari pengalaman nyata.

Rihanna malah menganggap Eminem telah membangkitkan isu keganasan rumah tangga/ keganasan ke atas pasangan menerusi liriknya.

Namun ada sekumpulan budak TikTok dan Twitter cuba untuk menjadikan ia alasan untuk merekan membenamkan Eminem.

Malang sekali tindakan itu buat masa ini gagal berlaku. Malah masih ramai yang berdiri di belakang Slim Shady. Seorang pengguna Twitter menulis: “Gen Z kena tahu, bahawa ada sesetengah orang ni lebih tinggi daripada ‘cancelling’ ni semua. Media sudah beberapa kali nak cancel Eminem dulu sebelum benda benda cancelling ni menjadi trend hari ini.”

“Eminem keluar pada 99 dengan ayat pertamanya, ‘Hi kids, do you like violence’ dan selepas 22 tahun, dia masih berada dalam permainan ini. Itulah manusia yang kamu sedang cuba cancel sekarang ini, mengerti?”

Seorang pengguna TikTok mengingatkan bebudak milenial yang beriya nak cancel Eminem agar berhenti buat benda sia sia; “Dia tak tahu ke, dulu pun kita pernah cuba cancel Eminem. Dan untuk pengetahuan korang, seluruh kariernya bergantung kepada adanya haters. Mereka ni hanya menjadi minyak petrol untuk mengapikan lagi projek Eminem seterusnya.”

Dan paling power, seorang pengguna memuat naik video memberikan komen tentang isu nak cancel Eminem ini dengan kenyataan ini, saksikan:

Mendengarkan kempen itu sedang hangat di media sosial, Marshall Mathers kemudian tampil memberikan respon beliau denga Diss Track ini. Jadi benarlah, usaha bebudak ni semua hanya menjadi minyak petrol untuk Eminem buat projek baharu.

Korang boleh dengar versi penuh di sini:

 

Baca yang lain