Buffon Akui Beli Diploma

Gianluigi Buffon membuat pengakuan mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan bahawa dia mengambil ‘diploma terbang’.

Buffon menikmati karier bola sepak yang cemerlang dan bergelar legenda global dalam bola sepak.

Buffon menjadi juara dunia 2006 bersama Itali. Di peringkat kelab dia cemerlang bersama Parma, Juventus, dan PSG.

Dia juga seringkali dipuni kerana kecemerlangannya dalam bidang akademik kerana memiliki diploma. Malangnya kini Buffon menyatakan bahawa dia telah merasuah orang lain untuk mendapatkan diplomanya.

Oleh kerana tidak mahu selamanya hidup dalam penipuan dan rasa bersalah, maka dia telah membuat pengakuan tersebut.

Buffon menyatakan bahawa dia berbuat begitu ketika berusia 18 tahun.

Buffon berkata: “Saya ada membuat banyak kesilapan, terutama sekali ketika saya masih muda. Saya sangat tidak berbangga dengannya, apabila saya membeli diploma.

“Saya tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. Ada nota ketidakadilan dan jalan pintas, dan saya bukan seorang yang mahu menggunakan jalan pintas untuk berjaya.

 

Buffon benar benar menyesal kerana memilih jalan pintas seperti itu.

Bercakap soal karier bola sepaknya,  Buffon tidak ada penyesalan langsung. Kerana dia menikmati karier yang hebat dengan memori yang luar biasa.

“Juventus adalah kehidupan bola sepak saya, Banyak memori indah, satu pengembaraan dan perkembangan sebagai seorang manusia dan pengorbanan dalam dunia sukan.

“Kehidupan di Juventus membuatkan semua perkara itu tidak pasti. Namun apabila tiba momen kamu melakukannya dengan cara kamu sendiri, ia tidak akan melepaskan kamu.”

Bercakap tentang sa;ah satu perkara yang dia tidak pernah menang sebagai pemain iaitu UCL, Buffon menegaskan: “Saya tak pernah terluka sebab perkara itu.

“Bagi saya, saya cukup gembira untuk bertarung untuk merebutnya setiap tahun.

“Jika saya terpaksa membuat satu ucapan mewakili kelab, rakan sepasukan dan pengurus, saya nak meminta maaf kepada para penyokong yang berharap agar kami memenangi piala ini selepas kurang lebih 30 tahun.

“Bagi saya, bermain di UCL sentiasa satu kepuasan. Memenanginya akan menutup kitaran itu, namun saya tak kisah tidak memenanginya.”

Buffon mendedahkan dia memutuskan untuk bersara, ketika pehanya terasa sakit pada aksi play off antara Parma dan Cagliari.

Buffon menyatakan: “Saya masih seronok bermain dan berlatih namun fizikal saya sudah tak mampu untuk menjadi pemain utama.”

Baca yang lain