Buffon Kongsi Detik Gol Lipat Ronaldo Yang Cantik

Gianluigi Buffon menyatakan bahawa dia pastinya tak akan pernah lupa dengan gol lipat yang dilakukan Cristiano Ronaldo ke atasnya beberapa tahun yang lalu.

Ketika itu Ronaldo melakukan salah satu gol paling ikonik dalam UCL dari segi nilai perlawanan, kualiti perlawanan, pasukan yang berlawan serta pertahanan dan penjaga gol Juve itu sendiri yang berkelas dunia iaitu Gigi Buffon.

Dan tak lupa juga cara Zidane meraikan gol itu dengan gaya terkedu juga ikonik dan menjadi meme:

Buffon menegaskan bahawa dia agak sedih kerana bolos namun pada masa yang sama ketika dia memikirkan tentang gol itu, dari segi kecantikan gol terhasil, dia langsung tak kecewa.

Buffon malah mendedahkan perbualan ringkas dia dengan Cristiano Ronaldo ketika memasuki bilik persalinan selepas tamat perlawanan. Di mana ketika itu Real Madrid menang 3-0 di Turin berdepan dengan Juventus.

Abang Do turut diberikan sorakan standing ovation oleh penyokong di Juventus. Itu antara detik yang menurut Ronaldo menjadi sebab kenapa dia mahu menyertai Juventus selepas itu.

Gol libasan maut itu berlaku di Stadium Allianz Juventus pada aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah 2017/18. Buffon berkata: “Ianya kekecewaan yang biasa dalam 25 minit oleh saya selepas dibolosi.

“Saya kemudian memikirkan apa yang dia [CR7] telah buat kepada saya? Sesuatu yang sangat hebat.

“Kemudian ketika kami berjalan, saya bertanya kepada dia: ‘Cristiano, berapa umur kamu bah?’. Dan dia beritahu saya: ’33 tahun, boleh tahan kan untuk seorang yang berusia 33 tahun [membuat gol akrobatik]’ dan kami berdua pun sama sama ketawa.”

Buffon berpeluang merasai pengalaman beraksi sepasukan dengan Ronaldo. Setelah dia kembali semula ke Juventus dari PSG. Dan dia menganggap detik itu sebagai detik indah dalam kariernya dapat beraksi bersama salah seorang pemain terbaik di dunia.

“Pada fasa akhir karier saya, saya ada peluang untuk bermain bersama sama Ronaldo dan itu menjadi markah penting dalam karier saya. Sangat sukar untuk meningkatkan mutu permainan jika kamu tidak bermain kerap. Dan saya nak tambah Ronaldo dalam senarai saya sebagai pemain sang juara sejati yang saya pernah bermain bersama.

“Dia seorang yang dididik dengan baik. Tengoklah cara dia membawa dirinya dengan pemain pemain lain. Saya dan Ronaldo biasanya akan meluangkan masa 2 atau 3 minit untuk menyembang dulu sebelum berlatih. Dan ianya sesuatu yang membuatkan saya berbesar hati dapat bersemuka sendiri dengannnya.”

Baca yang lain