Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.
Hal ini kerana menurut Buffon pada hari ini rata rata penjaga gol bersaiz ‘gergasi’ dan membuatkan bola sepak tidak banyak gol. Perkembangan sains sukan benar benar membantu penjaga gol dalam membentuk saiz fizikal mereka.
Selain itu kelab juga sudah memantau perkembangan penjaga gol sejak usia awal. Siapa yang berhak bermain di depan gawang.
Saiz standard tiang gol pada ketika ini adalah 2.44m tinggi dan 7.32m lebar. Yang Buffon anggap membuatkan sukan bola sepak sukar untuk penyerang menjaringkan gol.
Sedangkan gol adalah salah satu bentuk hiburan utama peminat bola sepak yang menyaksikan sukan itu. Buffon berkata pada Januari 2024: “Kita patut dah mula memikirkannya. Saya baru baru ini bercakap tentangnya dengan saudara mara dan isteri saya.
“Pada 1998, saya telah menjadi salah seorang daripada 5 penjaga gol tertinggi di Serie A dengan 192sm. Musim lalu, ketika saya bermain untuk Parma di Serie B [2022/23], saya masih antara 5 pemain tertinggi di dalam liga.
“Saiz tiang gol yang ada telah ditetapkan berdasarkan standard tahun 1875. Dan ketika itu, dianggap saiz itu terlalu besar. Namun sekarang dengan ramainya atlet dan penjaga gol yang besar, maka saiz gawang dianggap tidak cukup besar.”
Seterusnya Buffon juga menyatakan sukan seperti bola tampar sendiri sudah ada kajian dibuat tenang tinggi jaring yang di atas gelanggang. Hal ini kerana ketika ini sains sukan membuatkan atlet semakin tinggi dan fizikal yang luar biasa.
Buffon menambah: “Walaupun dalam suka bola tampar, mereka turut membincangkan tentang saiz tinggi jaring itu.
“Saya ada adik bermain bola tampar dan saya tahu tentang perkembangan itu. Servis dalam bola tampar menjadi semakin penting sama seperti sukan tenis,” tambah Buffon.
“Sudah tentu, bukan saya yang berhak menentukannya. Ada pihak berwajib yang ada kuasa menentukannya. Dan siapa yang mahu membangkitkan persoalan dan mengkaji tentang isu ini.
“Penjaga gol hari ini menjadi semakin besar. Itu benar. Seterusnya pemain bukan penjaga gol pun semakin pantas, sukar diramal dan merembat lebih deras. Teknik sepakan pemain semakin baik hari demi hari.
🗣️ Gianluigi Buffon wants to increase the size of the goals 🥅:
“I think we can start thinking about it. When I started in 1998, I was in the top 5 in Serie A. Last year, in Parma, I was also among the top five… but among the 22 players on the pitch!
The dimensions (of the… pic.twitter.com/B1wDGJuCdt
— Football Talk (@FootballTalkHQ) January 2, 2024
“Namun kamu boleh tengok kan impak penjaga gol, ketinggian mereka berdepan dengan percubaan jarak jauh. 30 tahun lalu, 10 gol terhasil dalam setiap 50 percubaan. Hari ini, hanya 3 gol terhasil daripada 50 percubaan. Jadi keadaan ini semakin sukar untuk pemain mencetak gol berdepan penjaga gol yang tinggi lampai – terutamanya menerusi percubaan jarak jauh.”
Buffon benar benar bercakap tentang perkara itu berdasarkan statistik dan kajian. Serta pengalaman dia sendiri.
Menariknya ketika Buffon mencadangkan agar tiang gol itu dibesarkan lagi, dia sebenarnya sudah pun bersara pada masa itu. Seperti yang dia katakan, ketika bermain bola sepak dia tak pernah bising tentang perkara itu. Cuma bersembang tentangnya secara tak formal dengan ahli keluarga dan isterinya sahaja.
Buffon menikmati kegemilangan karier yang luar biasa bersama Parma, Juventus dan PSG di peringkat kelab. Di peringkat kebangsaan dia pernah menjadi juara dunia bersama Itali.
Buffon merupakan penjaga gol yang menjadi inspirasi ramai penjaga gol muda di seluruh dunia. Kerana dia memiliki karakter dan kemampuan yang luar biasa sebagai penjaga gol.
Tak lupa juga dia kacak dan bergaya.