Bugatti La Voiture Noire: Kereta Paling Mahal Pernah Dijual, Dan Ianya Masih Belum Siap

Bugatti telah berjaya menjual kereta paling mahal di dalam sejarah. Ianya apabila Bugatti mengeluarkan La Voiture Noire dan dipamerkan kepada umum pada Ogos lalu di Pebble Beach in California.

Kereta ini pernah dipertontonkan kepada umum pertama kali di Geneva International Motor Show.

Dan tanda harganya adala $18.7 ataupun RM78.43 juta pada kadar tukaran 23 Oktober 2019.

La Voiture Noire adalah mendandakan ulangtahun ke-100 tahun Bugatti. Ianya adalah kereta khas yang cuma ada 1. Kau suka, kau terus beli. Kau seorang je dapat.

Nama La Voiture Noire dipilih sebagai memperingati nama kereta yang diberikan oleh anak lelaki ‘founder’ Buggati bernama Jean.

Jean ketika itu membangunkan pembuatan kereta Type 57 SC Atlantic pada 1930 (yang sebelah tu). Mesti korang teringat kepada kereta Haji Bakhil kan?

Beliau memandu sendiri kereta yang dibuatnya dan menamakan kereta itu dengan panggilan La Voiture Noire. Dalam bahasa Melayunya, Kereta Hitam. Nama Perancis nampak elegan kan?

Business Insider melaporkan kereta ini sudah pun dijual kepada pembeli lelaki yang tidak dikenali. Malah pembeli tersebut sudah melakukan pra tempah sebelum kereta itu dibuat. Semua kontrak sudah dipersetujui.

Power kan? Beli benda yang orang tak buat lagi. Difahamkan lelaki itu SEDANG menunggu selama 2 tahun selepas membuat bayaran kepada Bugatti.

Ni kalau tak ada kontrak khas macam ni mahu harganya lebih mahal daripada tu.

Buat masa ini masih ada bahagian yang tak siap lagi. Sekarang ni, kereta ni masih tak dipasang enjin dan juga kemasan dalaman. Bugatti dah memberi jaminan kepada brader tadi tu, akan siap dalam jangka masa 2 tahun. Ini bukan scam.

Harap brader tu tak ditimpa apa-apa perkara tak diingini la dalam masa 2 tahun ni. Kalau tak, tak merasa dia pakai kereta baru ni.

Harga sebelum cukai adalah sekitar $12.4 – menurut Bugatti. Dan selebihnya milik kerajaan la, sebab tu adalah cukai.

Kereta ini berwarna hitam dengan ‘body’ yang dibalut dengan karbon sepenuhnya.

Ianya boleh mencapai kelajuan daripada 0 kepada 96kmj dalam masa 2.5 saat sahaja. Dan top speed dia berdesup 420kmj. Mesti kau suka jalan Bukit Bintang tengah hari dengan kelajuan macam ni.

Ianya kereta dengan 16 silinder, 8 liter, enjin quad turbp, 1500 kuasa kuada dan, 1,180 pound-feet – torque.

Menurut Bugatti, dalam sejarah mereka, kereta La Voiture Noire merupakan rekaan oleh Jean yang paling laris.

Sumber: Insider


Baca yang lain