Pierre Emerick Aubameyang antara pemain yang bermain dengan beberapa kelab besar di Eropah termasuk, Milan, Borussia Dortmund, Arsenal, Barcelona dan Chelsea.
Namun ramai berpenapat bahawa karier terbaik pemain itu adalah ketika di Dortmund atau di Arsenal.
Aubameyang menyertai Barcelona dari Arsenal. Selepas dia tak sehaluan dengan Mikel Arteta kerana masalah disiplin. Dia dilucutkan jawatan kapten Arsenal dan disisihkan.
Aubameyang kemudian ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama dan dia menyertai Barcelona secara percuma.
Namun masa dia di Barca cuma enam bulan. Kerana selepas itu Barca menjualnya ke Chelsea dengan harga €12 juta. Sebelum dia menyertai Marseille secara percuma musim ini.
Aubameyang menegaskan bahawa karier terbaiknya adalah di Barcelona. Kerana dia sangat gembira di sana, menikmati detik yang luar biasa di kelab itu.
Auba berkata: “Karier terbaik saya adalah di Barcelona. Ianya enam bulan karier yang terbaik dalam hidup saya. Saya tak pernah menikmati bermain bola sepak seperti di Barca sebelum ini.”
“Dan tak pernah rasa sangat seronok pergi berlatih dengan sangat banyak sekali. Saya malah pergi berlatih pada hari cuti pasukan utama. Mereka patut ceritakan kamu tentang perkara itu.”
“Ianya adalah pengalaman yang sangat hebat sekali.”
we miss you Auba pic.twitter.com/eiSFNwHBSt
— BarcaTiempo (@BarcaTiempo) November 11, 2023
Aubameyang bagaimanapun gagal untuk kekal lebih lama di Barcelona. Dia dijual ke Chelsea selepas itu. Dia berusaha kembali semula ke Barca dan Xavi juga sedia menerimanya kembali.
Namun Barca tidak boleh membayar yuran perpindahan kerana sekatan had FFP. Chelsea pula berkeras tidak mahu melepaskan pemain itu secara percuma ke Barcelona dan meminta €12 juta untuk pemain itu. Akhirnya dia tidak dapat kembali semula ke kelab Catalan itu.