Bukan €140 Juta, Atletico Akhirnya Sedia Berikan Harga ‘Jackpot’ Kepada Chelsea Sahaja

Atletico sebelum ini meletakkan harga €140 juta untuk nilai beli tetap / buy out clause Joao Felix.

Pemain itu ketika itu baru membuat penampilan beberapa minit untuk Chelsea dan dibuang padang dalam debutnya.

Tetapi prestasinya dianggap cemerlang. Membuatkan Atletico meletakkan harga tinggi kepada Chelsea.

Sebelum menyertai Chelsea secara pinjaman yang dibayar €12 juta, Joao Felix sempat mencapai kesepakatan kontrak baharu dengan Atletico.

Jadi, itu menunjukkan kelab itu benar benar tidak mahu menjual pemain itu.

Dia hanya dipinjamkan kerana kelab mahu melegakan sedikit bil gaji mereka musim ini, agar tidak melanggar FFP.

Tiba tiba, Atletico menyatakan bahawa mereka hanya akan menjual dengan nilai sekitar €130 juta – €140 juta.

Ini bermakna Chelsea akan membayar keseluruhan €152 juta untuk pemain itu ditambah dengan bayaran pinjaman.

Kelab di Stamford Bridge itu sebenarnya tidak membuat sebarang kenyataan bahawa mereka mahukan Felix secara tetap. Dia beraksi cemerlang dalam aksi sebelum ini dan mencetak gol pertamanya bersama Chelsea ketika menentang West Ham.

Tetapi hierarki di Atletico mengesyaki Chelsea sangat berminat dengan pemain itu.

Atas dasar kawan kawan, mereka menawarkan harga jackpot hanya untuk Chelsea sahaja.

Di mana mereka meminta cuma €100 juta sahaja untuk pemain itu.

Menurut saluran berita Sepanyol, Relevo, mendakwa sebenarnya pemilik Chelsea Todd Boehly sudah pun mempertimbangkan langkah untuk menjadikan Felix sebagai pemain tetap pada musim panas.

Boehly adalah peminat kepada Joao Felix. Seterusnya pemain itu dikatakan sangat selesa berada di Chelsea. Cepat mesra dengan rakan rakan baharunya dan staf di sana.

Oleh itu Atletico yakin bahawa Chelsea akan mengemukakan bidaan tetap untuk pemain itu.

Dengan mengambil kira kedua dua kelab banyak berurusan dengan mudah dan baik dalam perpindahan pemain sebelum ini, maka Atletico merasakan €100 juta dah cukup untuk Chelsea, kerana kelab itu sudah membayar €12 juta untuk pinjaman pemain itu separuh musim ini.

Walaupun berbelanja besar untuk Felix, Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk pada Januari, prestasi Chelsea masih amat mengecewakan.

Selepas seri 1-1 menentang West Ham pada hari Sabtu, The Blues hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir mereka.

Seterusnya untuk anak buah Potter ialah saingan pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menakjubkan menentang gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund pada malam Rabu.